Monday, September 20, 2010

KEMBALI SEPERTI SEDIAKALA

Assalamualaikum w.b.t.

Segala puji bagi Allah yang memiliki seluruh alam ini. Dia yang memegang setiap hati hamba-hambaNya untuk tunduk kepadaNya. Dia yang Maha Mengetahui setiap yang berlaku dan bakal berlaku. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW berserta ahli keluarga baginda, para sahabat yang sentiasa mengiringi perjuangan baginda dan para tabi' tabiin terdahulu.

Alhamdulillah kita berada di minggu ke dua Syawal dan kebanyakkan dari kita sudah kembali bekerja dan bersekolah seperti biasa. Pasti banyak cerita yang ingin dikongsikan bersama tapi jangan pula nak menunjuk-nunjuk apa yang dimiliki pula. Manalah tahu ada yang mendapat hadiah menarik sempena kedatangan Syawal, kenduri kahwin dan sebagainya. Beringat sebelum terkena. Macam-macam boleh berlaku sekarang ini. Minta dijauhkan dari segala hasad dengki. Amin.

Bagi diri saya pula, hari ini sesi kuliah semester akhir akan bermula secara normal. Bukan tak normal sebelum ini tapi biasalah, kami mendaftar masuk ketika semua umat Islam sedang berpuasa dan hampir pula ketibaan Hari Raya Aidilfitri. Jadi suasana bercuti tu semakin dirasai ketika itu. Tapi sekarang, mood nak kembali balik tu yang ingin dibangkitkan. Tentu anda semua faham kan? Dah lama cuti ni..huhu..

Namun, saya mengharapkan semuanya kembali seperti sediakala. Amin..

"Ya Allah, Engkau yang mengetahui apa yang telah ku lalui ketika ini. Engkau kuatkanlah aku dalam menghadapi ujianMu yang sungguh tak termampu aku tanggung. Tapi aku redha kerana aku tahu ujian ini adalah untuk mendekatkan kembali aku kepadaMu. Aku juga tahu, ujian yang Engkau datangkan ini adalah yang termampu untuk ku hadapi berbanding dengan ujian dan dugaanMu kepada hamba-hambaMu yang lain. Aku redha. Tetapi janganlah Engkau jauh dariku. Aku masih mengharapkanMu."

No comments: