Sunday, September 26, 2010

Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU...?

Assalamualaikum w.b.t


Bermacam-macam cerita yang saya lalui di sepanjang bulan ini. Kesemua jalan cerita itu adakalanya mengugat kesabaran saya sebagai hambaNya. Namun itulah lumrah kehidupan. Kita takkan lepas dari ujian yang kita sendiri tidak tahu apakah ia dan mampukah kita menanganinya dengan sebaik mungkin.

Intro yang agak beremosi pula. Tapi emosi memang penting sebab itu yang mewarnakan hidup kita. Saya sebenarnya baru je balik dari Johor selepas menghantar adik ke 7 saya di Muar. Sempat juga beraya dan berziarah ke rumah keluarga angkat Abah saya yang tidak jauh dari tempat tinggal adik saya itu. Agak letih namun saya rasa terubat sedikit melihat tempat orang. Sedapnyalah Mee Rebus Johor...

Ok, di sini topik utama adalah berkongsi dengan satu lagi karya hebat tapi bukan milik saya ye.. Moga ada iktibarnya..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU...?
by Nur Hidayah Kamsaini (dari facebook)

Nikmatilah Percintaan itu dengan caranya yang terindah
~PERKAHWINAN~



Satu ketika kau bertanya..

.......................

Sudikah kau menjadi Makmum

disetiap solatku..

agar solatku lebih bermakna

dan terjaga hendaknya..

........................

Sudikah kau menjadi Penjaga

diri dan maruahku

agar hidupku lebih tenang dan bahagia

.........................

Sudikah kau menjadi Pendidik

hati dan jiwaku

agar rohaniku terisi hikmahNya

dan akhlakku terjaga hendaknya

..........................

Sudikah kau menjadi Pemerhati

setiap gerak dan langkahku

agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku

............................

Sudikah kau menjadi Peneman

di kala suka dan duka ku

agar satu hari, jika ujian itu datang

air mataku ada yang menghapuskan..

............................

Sudikah kau menjadi Pembela

diriku dan agamaku

agar aku terus berada di atas jalan yang benar

.............................

Sudikah kau menjadi Penggerak

semangatku..

agar bila aku kelesuan

kau mampu memberi bantuan

walau hanya sekadar senyuman :)


.............................

Sudikah kau menjadi Sahabat

buat diriku..mendengar luahan hatiku

agar aku boleh berbicara apa saja dengan mu

tanpa rasa ragu..

...............................

Sudikah kau menjadi Penghibur

tika ku kesunyian

agar aku boleh ketawa riang



Satu ketika aku menjawab...


"Ya, Aku sudi..

Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI

dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"


Tetapi,

aku kembalikan soalan ini kepadamu..

................................

Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?

jika aku sudah tidak seperti dulu?


.................................

Sudikah kau pula menjadi

Imam, Penjaga, Pendidik

Pemerhati, Peneman, Pembela

Penggerak, Sahabat dan Penghiburku



Jika suatu ketika nanti

aku sudah tidak mampu lagi menjadi

Makmum di setiap solatmu..



Jika aku sudah tidak mampu lagi

menjagamu,

menemanimu

memerhatikanmu,

mendidikmu

membelamu,

menggerakkanmu

menjadi sahabatmu dan

menghiburkanmu



Sudikah kamu wahai .....................?



Aku percaya..kau masih sudi..



"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI

dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"



Nikmatilah Percintaan itu dengan caranya yg terindah

~PERKAHWINAN~


**** Selamat ulang tahun kelahiran sahabatku, Elis.

No comments: