Saturday, December 11, 2010

MUHASABAH BERSAMA ~ SUATU RENUNGAN

Assalamualaikum w.b.t

Saya dapat info menarik sebagai renungan bersama..



Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj adalah kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dari-Nya. Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak menjalankan cara ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Contoh yang mudah. Adalah Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,
“Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran. Apakah itu yang kita mahu?

Oleh itu, mari berfikir bersama, apakah yang akan timbul di dalam hati kita apabila insan yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kita berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan... Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kita? Saya yakin, 99% akan merasa begini, “Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj…

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Silap tu.. Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada ALLAH bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tetapi keredhaan ALLAH S.W.T yang kita cari sebagai bekalan dan tanda syukur kita pada setiap pemberianNYA.

Maka jangan risau bila kita tidak berjaya mendapatkan apa yang kita inginkan. Cuba dan usaha lagi. Hubungan keimanan kita dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu kita perhatikan. Jika kita berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, kita akan mampu melaluinya…

Sebenarnya, ALLAH suka menguji hamba-hamba-Nya yang beriman.. :)

* Sumber dari facebook dan blog Peribadi Rasulullah..

~Kehidupan memang sangat kompleks dan unik... Tiada yang sempurna kecuali Allah... Hanya yang beriman akan mengambil iktibar di atas apa yang berlaku... Mereka mampu berfikir untuk melihat hikmah yang terjadi..

3 comments:

mamawana said...

Asslamualaikum

Bgmn pula seseorg yg suker dan rajin mengaji alQuran. Namun dia tidak menyedari dantidak mengaku bhw lidah dan tutur katanya sering menyakiti teman, mencucuk dan mengadu domba antara teman2.

Brilliant Marjan said...

wa'alaikumsalam mamawana..

tentang hal tu, itu sikap individu terbabit..pndpt sy,kebaikkan yg dilakukannya belum lg meresap ke dlm jiwanya iaitu mengecilkan hati kwn2 wpun dia rajin baca quran..mana yg boleh ditegur, tegurlah secara baik..klu xmkn saman, minta bantuan org yg rapat dgnnya..

slain menjaga hbgn dgn Allah, kita kena jaga hbgn dgn manusia supaya tidak ada sengkata..

~manusia bukanlah sempurna..tiada yg sempurna selain Allah..ingtkanlah ketetapan itu kepada sahabat tersebut...nescaya dia sedar keterlanjurannya..doalah supaya kita bebas dari melakukan kejahatan dan oatuh perintah Allah..

Unknown said...

best nye info nie...tq~