Friday, May 8, 2009

$eoranG G@d!s Itu...




Seorang gadis itu

yang lembut fitrah tercipta,

halus kulit, manis tuturnya,

lentur hati ... telus wajahnya,

setelus rasa membisik di jiwa,

di matanya cahaya, dalamnya ada air,

sehangat cinta, sejernih suka,

sedalam duka, ceritera hidupnya ...



Seorang gadis itu ...

hatinya penuh manja,

penuh kasih sayang semuanya,

cinta untuk diberi ... kasih untuk dirasa ...

namun manjanya bukan untuk semua,

bukan lemah, atau kelemahan dunia ...

ia bisa kuat,bisa jadi tabah,

bisa ampuh menyokong ,

pahlawan-pahlawan dunia ...

begitu unik tercipta,

lembutnya bukan lemah,

tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah




Seorang gadis itu ...

teman yang setia,

buat Adam dialah Hawa,

tetap di sini ... dari indahnya Jannah,

hatta ke medan dunia,

hingga kembali mengecap nikmatNya ...



Seorang gadis itu ...

bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya,

tabah & tenang sikapnya, teman ar-Rasul,

pengubat duka & laranya ... bijaksana ia,

menyimpan ílmu, si teman bicara,

dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah,

dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...



Seorang gadis itu ...

bisa setabah Maryam,

meski dicaci meski dikeji,

itu hanya cerca manusia,

namun sucinya ALLah memuji ...

seperti Fatimah kudusnya,

meniti hidup seadanya,

puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda,

suaminya si panglima agama,

di belakangnya dialah pelita,

cahaya penerang segenap rumahnya,

ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah,

dengan dua tangan tegar melindung khalifah,

meski akhirnya bermandi darah,

meski akhirnya khalifah rebah,

syahid menyahut panggilan Allah .





Seorang gadis itu ...

perlu ada yang membela,

agar ia terdidik jiwa,

agar ia terpelihara ... dengan cinta Rabbnya,

dengan rindu Rasulnya ... dengan yakin Deennya,

dengan teguh áqidahnya,

dengan utuh cinta yang terutama, Allah dan juga RasulNya,

dalam ketaatan penuh setia,

pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...



Seorang gadis itu ...

melenturnya perlu kasih sayang,

membentuknya perlu kebijaksanaan,

kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan,

tanpa jemu & tanpa bosan,

memimpin tangan, menunjuk jalan ...




Seorang gadis itu ... yang hidup di alaf ini,

gadis akhir zaman,

era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah,

sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah,

tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya,

kerana dihambur ucapkata nista,

hanya kerana dunia memperdaya ...




kerana seorang gadis itu,

yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya,

mantap iman mengunci jiwanya,

dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah,

dalam perjalanan mengenali Tuhannya,

dalam perjuangan menggapai cinta,

nikmat hakiki seorang hamba,

dari Allah yang menciptakan,

dari Allah yang mengurniakan, seorang gadis itu ...

anugerah istimewa kepada dunia!



Seorang gadis itu ...

tinggallah di dunia, sebagai ibadah, da'ieyah & mujahidah,

pejuang ummah ... anak ummi & abah,

muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu,

membentuk anak-anak ummah,

rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...



Seorang gadis itu ...

moga akan pulang,

dalam cinta & dalam sayang,

redha dalam keredhaan,

Tuhan yang menentukan



Seorang gadis itu dalam kebahagiaan!

Moga ar-Rahman melindungi,

merahmati dan merestui,

perjalanan seorang gadis itu ...

menuju cintaNYA yang ABADI! amin....



PERSOALAN......???



Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana diberi peluang merasai perasaan ini..Terlebih dahulu tnx a lot 4 Mr. K krn peka dgn “Kenapa Islam mengharamkan babi?” yg tersiar di blog sy baru2 ini..means kehadiran sy sbg blogger ini amatlah di ambil kira walaupn xsebarapa isinyer..tnx again


Sy bukanlah pakar dlm hal feqah & aqidah ini apatah lg bidang yg sy ambil bkn menjurus kpd isu kemaslahatan Islam. Sy hanya sekadar berkongsi maklumat yg di petik dari buku PANDUAN Persatuan Pengguna Pulau Pinang (HALAL HARAM). Tp apa2 pn sy cbe menjawab sebaik mgkin persoalan Mr. K itu b’dasarkn apa yg sy belajar, baca & kaji secara tak lansung..


1. Melalui adakah kita boleh mkn babi jika kita tiada mknnn lain krn tersesat di hutan? Artikel sy itu telah menjelasknnya..



Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah: An-Nahl 16, ayat 115)


· Terdapat byk lagi surah yg m’perkatakn tntg masalh di atas


Kita dibolehkn mkn babi ttp atas sebab darurat seperti kita tersesat di hutan & lansung xde sumber mknn.Tetapi perlu diingatkan hanya ketika itu (terdesak) sahaja..apabila terdapat binatang lain yg lebih baik dari babi, kita mknlh sumber tersebut..tetapi hukum asalnya tetap haram..Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi MAHA Mengetahui..



Buku yg wajib dimiliki oleh umat Islam dlm aspek HALAL HARAM



2. Berkaitan sentuh anjing & babi, boleh or tidak? Apabila basah?


Hal tersebut merupakan najis besar ‘mughallazoh’..kita kena samak 7x iaitu 6x air musta’mal (air yang bersih dan suci) & 1x air tanah..



Tetapi tidak ada sebarang kenyataan dari nas al-Quran dan al-Hadith berkenaan dengan hukum haram pada memegang dan menyentuh anjing & babi, khususnya jika sentuhan itu ada keperluan atau maslahah yang jelas. Apabila bersentuh dalam keadaan basah, wajib samak tuk kebersihan & sebagainya..


Ingat hanya dari aspek pemakanan sahaja ia adalah HARAM..


Sebagai contoh, jika terjumpa & terlihat anjing @ babi yg kesakitan & seumpamanya ..sbg insan, kita perlu menjaga hbgn kita dgn makhluk Tuhan yg lain..jadi menyelamatkannya adalah yg terbaik buat kita..lakukan yg termampu sahaja..xpayah lebih2


Berkaitan aspek kesihatan, semua yg telah di haramkan Allah dlm Al-Quran ada hikmahnya..mksdnya apa yg ia mkn & sbgnya yg m’bawa mudharat kpd manusia hendaklah dijauhkan.. Sebagai hambaNya itulah IMAN kita untuk percaya apa jua larangan Allah..Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya..Wallahualam..


Jadi sy harap Mr. K berpuas hati dgn jawapan sy & jelaskan lah sebaiknya kpd sahabat cina awk tu..Mana yg baik itu dtg dari Allah s.w.t & DIA lebih tau tentang sesuatu kejadian & asbab dlm kehidupan ini..Mana yg buruk & hina adalah dari kelemahan sy sendiri sbg manusia yg masih lg mencari kebaikkan dariNya..



 


Rujukan lanjut..


* Surah yg menjelaskan haram mkn babi (sama ayatnya seperti di atas)

Surah Al-Baqarah, ayat 173
Surah Al-Maidah, ayat 3


-TOLONG BETULKAN MANA2 YG SILAP..

Thursday, May 7, 2009

Jenayah Tak Mengenal Siapa....??

~Salam~


Tersentuh hati ini pabila membaca akhbar pagi ini..Korang tau ke pasal pe?baca lah sendiri ae...uh, teruk sgt kes ragut sekarang ini..terbaru, mangsa yg merupakan seorang ibu & juga seorang nenek di kedua tempat yg berasingan..hai..keluh panjang sy...apalah nak jadi ngn dunia sekarang nie..

Takziah buat arwah keluarga Saripah Mohd. Noor dan arwah keluarga Tom Salleh..semoga roh meraka di tempatkan dikalangan org yg beriman.

Ingat setiap dari kita mungkin akan menjadi mangsa jenayah kejam tak kiralah jenayah apa dan di mana kita berada..kadang2 berada di tempat yg salah & pada waktu yg salah pn jadi masalah plak..jadi keselamatan diri sendiri perlu di dahulukan..mesti alert dgn pe yg berlaku disekitar kita..jangan percayakan org atau tempat yg anda tak biasa pergi..HATI-HATI

Rumah sy penah dimasuki perompak sehingga menyebabkan abah & utih cedera..Ummi sy terkejut kerana ditolak perompak..uh (aku xkn maafkan)..Bayangkan lah abah yg tergolong dalam insan istimewa dibelasah teruk2!! Ini kerana pukau yg digunakan xmenjadi..tu yg dorang panik 2..lgpn abah lawan cz dorg tolak ummi..dorg sume 4 org..can u imagine dat?!! Yang de kt umah time 2 adik2 yg kecik je..xkuat pn nak lawan..

Saya, anjang & andak dah dapat alamat @ petanda sebelum kejadian..tp xtau pe..So bila dimaklumkan, terus balik ke rumah ari itu juga (sabtu;31.1.09).. Mujur abah diperlihatkan parang tersebut adalah pembaris & abah siap wt lawak lg..huhuhu..(wisau nih.mungkin abah de baca ayat2 la 2). pape pn alhamdulillah..
Barang yg ialang pn xbyk..mujur handbeg ummi dorg campak, padahal duit baru je ummi kuarkan..ala, beg pompuan kan de byk side..ummi tak letak kat purse tp side beg..

Apa2 pn kena HATI-HATI..mungkin de hikmah di atas kejadian yang berlaku dalam family saya tu..

Jadi kat bawah ni de pesanan tuk kita semua ikuti khususnya kepada kaum wanita & diri sy jg..ahhh..sume org lah..
Pilihan Beg Elak Ragut
1. Beg kecil
Gantung di lengan dan digenggam
* Tiada risiko
* Peragut berpendapat kandungannya tidak banyak
2. Beg tali panjang
Digalas pada bahu
* Risiko diragut tinggi
* Risiko kecederaan rendah
* Menjadi kegemaran peragut kerana senang diragut. Peragut sekadar perlu menguis tali beg yang digalas pada bahu lalu menyambar
*Untuk beg tali panjang, anda tidak digalakkan menggalas secara bersilang
* Risiko kecederaan adalah tinggi sekiranya diragut. Mangsa mungkin akan ditarik dengan tenaga peragut yang kuat sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan mungkin terhantuk kepala.
3. Beg tali pendek
Digalas dan dikepit dengan tangan
* Risiko diragut rendah
* Risiko kecederaan tinggi
* Bukan pilihan peragut kerana sukar diragut. Untuk meragut, peragut akan menggunakan kekerasan seperti menyerang mangsa sebelum menarik beg dari tangan mangsa ketika mangsa dalam kesakitan
* Peragut mungkin bertindak agresif menggunakan pisau atau parang untuk memotong tali beg yang digalas. Tindakan itu akan mencederakan mangsa kerana pisau dilibas secara rambang
~AMARAN~
* Tidak kira jenis beg, penunggang motosikal tidak digalakkan meletakkan beg di dalam bakul. Peragut mungkin menyambar ketika kenderaan dalam keadaan berhenti dan kalau lebuh agresif, peragut mungkin menendang atau menolak mangasa jatuh sebelum meragut beg itu.
~ 5 TIP PENTING!!
1. ELAK RISIKO
#Elak daripada menggalas beg tangan sekiranya tiada keperluan. Tahu risiko beg tali panjang dan beg tali pendek.
2. PECAH RISIKO
# Jangan simpan semua dalam satu beg. Asingkan dokumen penting kepada beberapa bahagian lain. Gunakan poket pada baju atau seluar. Sekiranya diragut, anda tidak kehilangan semua barang berharga sekali gus.
3. PINDAH RISIKO
# Jangan menonjol diri dengan pemakaian barang kemas atau penggunaan beg berjenama. Dengan kata lain, anda perlu mengelak daripada dilihat seperti seorang mangsa. Ia boleh mengalihkan perhatian peragut terhadap mangsa yang lain..(tp jangan jadikan diri anda mangsa!!)
4. ANGGARKAN RISIKO
# Sentiasa berwaspada terhadap keadaan sekeliling. Jangan hilang fokus sehingga menghidangkan peluang untuk peragut bertindak.
5. INSURANS
# Insurans diri anda. Terdapat sebuah syarikat insurans yang menawarkan pelan perlindungan khas untuk wanita sekiranya menjadi mangsa jenayah. Premium ditawarkan adalah serendah RM10 setahun.
* Paling tak suke bawa beg!!leceh sgt!

Wednesday, May 6, 2009

12 Ways to Know That You Love Someone



TWELVE: You talk with him/her late at night and when you go to bed you still think of him/her.




ELEVEN: You walk really slowly when you are with him/her.




TEN: You don't feel Ok when he/she is far away.




NINE: You smile when you hear his/her voice.




EIGHT: When you look at him/her,you do not see other people around you. You see only him/her..




SIX: He/She is everything you want to think.




FIVE: You realize that you smile every time you look at him/her.




FOUR: You would do anything to see him/her.




THREE: While you have been reading this, there was a person in your mind all the time.




TWO: You've been so busy thinking of that person that you didn't notice that number 7 is missing.




ONE: You are going to check above if that's true and now you are silently laughing to yourself.




NOW MAKE A WISH! YOU KNOW WHAT YOU WANT THE MOST........ .



* TQ TUK BULAN YANG TERSENYUM

Tuesday, May 5, 2009

Jom tgk hobi Marjan!!!

~Salam~
Aku tau sume org de hobi msg2...de yg suke b'kebun, menari,ngaji & mcm2 lg la yg leh ilangkn tekanan kita as a human being..so..sje jer nk share ngn korang pasal hobi aku...opss..b4 dat, Marjan tu tuk nme kt blog ni jer...my real ni is PENAWAR YANG BERSERI...search dlm buku nama2 Islam...dpt x korang cari...hehehe..

Kebanyakn hobi ni di pupuk oleh my mother...as 1st doter & da eldets, aku byk ikt my mom r...tp hobi aku ni still aku wt sampai skang...& insyaAllah selamanyer slgi hayat aku ada...tp byk sgt r hobi aku...cume aku ringkaskn r skit tuk share ngn korang..

BUKU
Since sek. ren. lg ummi aku suh baca buku tuk isi masa lapang...yup, i2 jg adalah dari habit ummi aku sendiri...so, terikut la sampai skang...sume jenis buku aku bc & xkesah sgt pown...janji de ilmu...tp paling menarik minat aku, jenis penyiasatan, motivasi, keagamaan & de sikit r love story...

Cite pasal buku ni, byk gak r aku kumpul...da leh jadi cam library..tp, aku xske pinjam org or org pinjam aku punye buku...bkn kedekut tp de kesah nyer...korang leh pk kn klu org pinjam nanti jd pe ngn buku tuh?!huh...de yg xpulang r...de yg baru beli, cantik lg covernyer kaler pink tp bila dapat balik jd cam belacan, lak tu covernyer tukar jadik ijau....wawawawa...i hate dis person!!!! so dari situ aku payah nk caya org tuk izinkn buku aku dipinjam...tp aku akn caya klu dia leh jaga buku aku ngn baik mcm ne dia jaga buku dia...means suka sama suke..payah tau nk cari org yg pandai jaga harta dia...

MELUKIS

Hobi ni klu btl2 aku de mse n mood nk wt...cause susah gak r nk cari feel yg baik bila nk melukis ni...sape yg suke lukis msti fhm..tp aku xteror sgt r...lebih fokus pada pemandangan & plan umah(time amik LK dl) tp since form 6, baru jinak wt lukisan potret...aku lebih suke gne pensil...nmpk asli je lgpn aku xpandai main ngn warna...so xyah r nak kaler2 ni...

Tapi paling aku suka hingga aku jadikan ia sebagai hadiah besday tuk kwn aku, saliza yg ke 19 tika itu (2004), potret kami berdua...bg aku sgt sweet & 1st time aku bg cam tu kt kawan aku sendiri...& hadiah sebelum dia tukar sekolah kt Pahang (rindunyer kat ko, saliza). Yup. dia simpan lg potret aku wt 2...

KUMPUL SETEM

Ni hobi yg tersgt la aku ske...hehe..da berjinak sejak darjah 2..dl de maid org Indon, so, dia kerap r kirim berita ke kg dia n dia dpt surat dri sana..memandangkn cantik2 setem tu, ummi aku pn minta kat maid aku tu & kumpul la...tp mase tu aku wt xtau lg tp tetap jaga r setem yg cantik2 ni...then bl naik darjah 4, abah g UK..so, baru terbuka mata aku ni nk teruskan hobi ni...

Hobi ni tuk org kaya ke?xlah...sume leh wt pe...mmg xnafikan byk abis duit tp berbaloi tuk akn dtg..angah penah kt "kak, ko xpening ke tgk & fokus kt setem ni je?dah lah leceh & kecik...susah btl!"...tp aku wt derk je...aku suka..ala, angah pn tau setem ni cantik..kadang dia gak yg tolong carikn tuk aku...hehe

Mostly, setem yg aku ada ni adalah dari pemberian org & aku beli sendiri....tukar2 ngn kwn2 yg sekepala pn de gak...aku xkn lps setiap keluaran yg ada...mmg de yg mahal tp xlah beli byk mane pn..pejabat pos 2 da jadi cm umah aku lak sampaikan akk yg jaga kaunter 2 da kenal aku & ummi aku...hehe...

Penah gak kami g pameran setem yg di buat kt Bkt. Jalil dl..sume dari persatuan filateli. Abah sanggup keluarkan duit tuk aku time 2...tq abah..

Dari setem ni, aku byk tau pasal tmpt org, nme2 saintifik, benda pelik2 yg xde lg da, lukisan & dpt ramai kwn..sume setem aku ske tp paling best dari Malaysia, S'pore, Australia, Jepun & UK

Lastly, sape yg de hobi cam aku ni leh r kita share sama2 ye? hobi yg len pn xpe janji bermanfaat...aku xkn kutuk hobi yg pelik2 yg korng follow...sebab setiap org lain cite rasenyer...huhuhu

Kat bawah ni saje nk tunjuk kt korang...maaflah klu panjang sgt catatan aku kali ni....


t'sgt serius kumpul setem (form 2)...1st time beli sendiri


latest stamp yg de dlm simpanan aku (23.3.09)



sampul surat hari pertama & pek cenderamata

antara yg de dlm simpanan aku...byk sgt!!

dlm bakul pn jd lah...ni org bg


yg kaler pink, adiah dari M.Fairuz & yg brown lak dari Siti Nabila (UNiSEL)

byk tak????love it...

latest yg aku ada...best!! by RAM

novel yg mampu mendidik jiwa...mesti dapatknnyer!!!


hasil lukisan aku yg xseberapa...


* dah nk masuk KUIS ker?? huhuhu

Monday, May 4, 2009

AKU RASA BETUL JUGA TU...

Orang kata.....enjoy sementara, hidup panjang lagi. Dah tua nanti taubatlah..
Atuk kata....orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok entah lusa Izrail datang mengemudi.
Aku rasa....betul juga tu


Orang kata.....exam tu susah kena banyak sacrifice, constant study past year paper
Atuk kata.....exam tu kacang je dah ada tarikh untuk diuji, dah ada silibus untuk diikut, kalau ajal....entah bila sesapa pun tak tahu, banyak pulak tu peringkat usia Mungkar Nankir, Neraca Mizan, Tayangan Slide...
Aku rasa.....betul juga tu


Orang kata......have fun on your birthday, panggil kawan-kawan dan saudara-mara dan berpartilah sepanjang malam. Make it a memorable one!!!
Atuk kata......setiap harijadi, kita semakin hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang untuk beramal, bertaubat....
Aku rasa.....betul juga tu


Orang kata......kerja mesti bersungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makanan lazat baru puas hati!!!!
Atuk kata......ye ke hati da puas??dah cukup ke nak tempah kubur luas-luas?????dah siap kenderaan meluncur Siratulmustaqim???dah cukup zikir untuk santapan rohani???dah cukup amal nak booking FIRDAUS?????
Aku rasa.....betul juga tu....


Orang kata.....successful people have good time management, ada bisnes KL, NEW YORK, TOKYO.......masih sempat berkempen untuk pilihanraya, masuh sempat pasang 2,3 perempuan, masih sempat melepas lelah di DISKO dan KARAOKE, baru orang boleh respect Beb!!!!
Atuk kata......setiap manusia dapat 24 sehari.....tapi ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam???ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu???ada masa ke nak jengok ibu ayah di kampung??sekali dalam seminggu, atau sebulan atau setahun?????
Aku rasa....err....betul juga tu.....

* FIKIR-FIKIRKANLAH....jua peringatan tuk diriku sendiri....