Tuesday, April 7, 2009

Minda dan Kecemerlangan

Menilai Kehebatan Otak Manusia
> Orang yang jarang berfikir, paling minimum mempunyai 10,000,000,000 sel otak

> Orang yang rajin berfikir mempunyai lebih kurang 1,000,000,000,00 sel otak.

> Setiap sel otak mempunyai kapasiti seperti satu komputer besar (main frame).

> Otak kita mampu menampung 300 kemahiran.

> Kebanyakan kita cuma menggunakan 5% dari otak kita.

Kita menggunakan minda kita setiap masa tetapi kebanyakkan kita tidak pernah belajar mengenai kaedah yang berkesan untuk menggunakan minda! Justeru itu tidak hairanlah kalau kebanyakkan kita cuma mengguankan 5% dari potensi minda kita.

Kita menggunakam minda kita berdasarkan beberapa undang-undang yang tertentu. Undang-undang minda yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

1. Pemikiran yang terbentuk dalam minda adalah bertenaga.

Setiap pemikiran kita adalah bertenaga. Misalnya, kita akan berasa cergas dan bertenaga jika kita tidak lansung memikirkan tentang penat. Sebaliknya kita akan berasa letih dan tidak bermaya jika kita berfikiran demikian. Oleh itu jangan memikirkan sesuatu yang boleh melemahkan diri kita sama ada dari segi fizikal atau mental. Elakkan dari memikirkan perkara yang boleh membentuk tenaga negatif yang melemahkan semangat dan usaha.

2. Minda adalah pusat penghantaran dan penerimaan pemikiran

Kita boleh menghantar sesuatu maklumat kepada orang lain melalui pemikiran. Misalnya kita boleh menasihati seseorang yang kita segani dengan berfikir atau meminta bantuan dengan cara sama. Apa yang perlu kita lakukan ialah membentuk keyakinan dan berlatih berkomunikasi menggunakan minda secara tahap demi tahap. Dengan latihan yang gigih dan berterusan, kita akan dapat menghantar atau menerima maklumat menggunakan minda kita.

3. Pemikiran yang beremosi mempunyai daya tarikan dan menarik segala pemikiran yang sealiran.

Jika kita membenci seseorang, maka pemikiran tersebut akan menarik kebencian dari orang tersebut. Natijahnya, orang yang kita benci akan membenci kita pula. Begitu juga sebaliknya, jika kita menyayangi seseorang dengan sepenuh perasaan yang ikhlas, orang yang disayangi akan menyayangi kita juga.

4. Kita boleh mengawal minda kita.

Kita berupaya melayan atau menolak sebarang pemikiran yang terbentuk dalam minda kita. Misalnya, kita boleh mengawal pemikiran kita sama ada ingin marah atau bersimpati dengan sesuatu keadaan. Dengan perkataan lain, tiada seorang pun dalam dunia ini yang boleh membuatkan kita marah jika kita mengambil keputusan untuk tidak marah. Jika kita marah, itu bermakna kita yang telah menagmbil keputusan untuk marah atau sekadar mengikut emosi tanpa berfikir.

5. Kita boleh menyelitkan sebarang pemikiran dalam minda kita.

Kita boleh menyayangi dam membenci seseorang secara serentak. Kita juga berkemampuan untuk memikirkan berbagai-bagai perkara yang tidak berkaitan pada sesuatu ketika.

6. Apa yang ada dalam minda mempunyai hubungan yang intim dengan alam persekitaran.

Pada hakikatnya, apa yang berlaku pada kita merupakan natijah kepada apa yang kita minta. Ini termasuklah perkara-perkara yang positif dan juga negatif. Setiap pemikiran yang terbentuk dalam minda akan mempengaruhi persekitaran kita.

7. Kekuatan minda datangnya dari doa dan sembahyang.

Doa dan solat akan membawa kepada ketenangan jiwa. Jiwa yang tenang akan menghasilkan minda yang kreatif, dinamik dan kental. Doa dan solat juga akan membentuk minda agar lebih fokus pada setiap apa yang dilakukan. Pemfokusan minda akan meransang tindakan yang bersungguh-sungguh dan membuahkan natijah yang cemerlang.

8. Santapan minda mempengaruhi kesihatan fizikal.

Pemikiran yang terbentuk dalam minda boleh menjadi sebab kepada penyakit atau menjadi sebab kepada kesembuhan penyakit. Pakar-pakar perubatan telah menyarankan bahawa pemikiran yang negatif (adrenalin yang berlebihan) yang akan melemahkan sistem pelalian badan. Ini akan menyebabkan badan mudah dihinggapi penyakit.

Pemikiran yang positif akan meransang badan mengeluarkan endorphins yang dapat membantu menguatkan sistem pelalian dan menenangkan perasaan. Kesannya badan menjadi sihat dan dapat menghalang serangan penyakit.

9. Santapan fizikal mempengaruhi kesihatan minda.

Apa yang kita makan boleh mempengaruhi keadaan minda kita. Sebagai contoh, makanan yang banyak mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan akan membantu pemikiran menjadi tenang dan mudah memberi tumpuan. Manakala makanan yang banyak mengandungi daging merah dan bahan-bahn pengawet akan menybabkan pemikiran mudah teransang, gelisah atau marah. Makanan yang mengandungi vitamin B Kompleks pula dapat membantu menguatkan daya ingatan. Memakan kacang, buah-buahan, kismis dan madu juga dapat membantu meningkatkan daya ingatan, manakala meminum minuman yang dicemari oleh semut boleh mengakibatkan kita jadi pelupa.

10. Hubungan sosial mempengaruhi orientasi minda.

Kawan-kawan dan alam persekitaran mempunyai pengaruh yang kuat terhadap orientasi minda seseorang individu, sebagai contoh, sesiapa yang berkawan dengan orang miskin akan mudah bersyukur dan redha dengan setiap ketentuan Allah s.w.t.

11. Pendedahan diri mempengaruhi prestasi minda.

Apa yang kita baca, tonton atau lihat boleh mempengaruhi prestasi minda kita. Misalnya membaca, menonton atau melhat perkara-perkara yang ditegah oleh agama boleh melemahkan otak seseorang.
* The more you learn, think and read, the more you have gain your knowledge for success..

No comments: