Wednesday, April 29, 2009

Kenapa Islam mengharamkan babi? (Part 2)

Aspek Perubatan
· Dr Ebrahim Kazim, dalam rencana tulisannya “Medical Aspects of Forbidden Foods in Islam” (Muslim Journal, Julai 1981) telah menjelaskan tentang penyakit yang dibawa atau disebabkan oleh daging babi. Beliau menulis:

“Babi ialah binatang pemakan bangkai yang memakan apa saja. Ia boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepada manusia khususnya jangkitan parasit. Kebelakangan ini, penyelidikan lanjutan tertumpu kepada masalah nyanyuk. Usia tua mempunyai ciri-ciri pengerasan lapisan saluran darah ke jantung, otak dan sebagainya dalam proses yang dinamakan aterosklerosis. Apabila pembekuan darah berlaku, ia mengakibatkan trombosis koronari atau serangan jantung dan trombosis serebrum atau strok.”

“Faktor-faktor pemakanan yang berbeza bertangggungjawab ke atas aterosklerosis.. lemak babi mengandungi 2,800 unit Vitamin D per 100 gram dan tiada Vitamin A. Kebelakangan ini Vitamin D dikatakan bertangggungjawab terhadap penyakit ateroma, dengan menyebabkan peningkatan penyerapan kalsium dan penimbunan kalsium dalam saluran darah.”

“Di kalangan manusia, kolesterol serum tidak bergantung kepada pengambilan kolesterol dalam diet, tetapi bergantung kepada nisbah lemak binatang dalam diet, yang menaikkan paras protein beta-lipo dalam darah. Lemak binatang mengandungi asid lemak tepu yang menjadi salah satu punca ateroma di kalangan lelaki. Lemak bakon mengandungi 25% protein dan 55% lemak”

· Mengikut hasil penyelidikan perubatan, kandungan lemak dalam daging babi melebihi apa yang terkandung dalam daging-daging lain (daging kambing, daging lembu dan sebagainya) serta mengambil masa yang lebih lama untuk dihadamkan. Dr. Muhammad Jaffer melalui sebuah rencana yang tersiar dalam The Islamic Review (London) pada Januari 1967 telah menyenaraikan 16 jenis kuman berbahaya yang ditemui dalam daging babi serta penyakit yang dibawanya hasil daripada penyelidikan moden yang dilakukan.

· Jumlah pesakit yang menghidapi penyakit cacing pita adalah yang tertinggi di dunia di kalangan Negara yang penduduknya memakan daging babi. Cacing ‘trichinella spiralis’ dan cacing usus menyebabkan penyakit-penaykit lain yang berpunca daripada babi.

Nota tambahan:

~ Penyakit Japanese Encephalitis (JE) bawaan dari nyamuk ini juga menyerang ternakan terutamanya ternakan babi, juga menyerang manusia…see more: http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_Japanese_Encephalitis

~ Now, selesema babi (H 1 N1) telah merebak dengan cepat keseluruh negara yang mana ia mula dikesan di Mexico..menyerang manusia...see more: http://www.utusan.com.my/

* to be continued..

No comments: