Wednesday, April 22, 2009

Earth Day, 22 April

Jom kita cuci mata dengan melihat kebesaran Allah s.w.t..Walaupun Earth Day pada hari ini tidaklah wajib disambut, tetapi bagi pencinta alam,tarikh 22 April yang disambut setiap tahun amat bermakna bagi mereka..

Ini kerana bumi yang kita duduki ini sudah mencapai kepada tahap yang membimbangkan. Sana sini penuh kemusnahan akibat bencana alam dan sebagainya. Tetapi yang paling kronik adalah dari perbuatan manusia itu sendiri yang kurang kesedaran terhadap menjaga alam sekitar..

Nak ke kita lihat pencemaran alam berleluasa? Pembuangan sampah sarap, tumpahan minyak, penebangan pokok sesuka hati, kemusnahan flora dan fauna...Nanti apa yang akan kita ada untuk dihargai? Sekadar harta tak kan ke mana...Alam, semua generasi akan menikmatinya!!

Jadi, jangan kita bongkak dengan apa yang kita ada tanpa menjaga alam yang kita diami ini...Tanpa anugerah alam yang diberi Allah seperti yang terdapat di daratan atau di laut, sudah pasti kita akan mati kelaparan dan sebagainya...

Renung-renungkan balik adakah anda seorang pemusnah alam atau pencinta alam?? Jangan pandang enteng pada plastik gula-gula dan puntung rokok yang dibuang di celah pasu bunga, pembuangan sampah sarap di sungai dan banyak lagi..kerana yang sekecil itulah akan menyebabkan alam kita 'sakit dan melarat' sehingga ia tidak mampu menahan bebanannya.. Sedih tak? Cuba kita 'di tempatnya'..

Fikirkanlah...

sukenya air terjun...subhanallah
laut yang membiru...


cantiknyer...syukur alhamdulillah

menakjubkan!!

No comments: