Tuesday, April 28, 2009

Kenapa Islam mengharamkan babi? (Part 1)

Makanan dan minuman memberikan kesan secara langsung terhadap kesihatan kita. Itulah sebabnya Islam telah menggariskan peraturan-peraturan tertentu mengenai makanan dan minuman. Tujuan pokoknya ialah bagi melahirkan umat yang sihat. Selain memberi banyak penekanan kepada kesihatan fizikal, pendidikan moral dam aspek lain untuk membangunkan kehidupan sejahtera, Islam mengajar kita supaya hidup dalam persekitaran yang bersih.





Larangan memakan daging babi hanyalah satu langkah dalam Islam untuk mendidik umatnya mengamalkan kebersihan dan menyucikan rohani. Untuk menyemai sifat-sifat kemanusiaan yang luhur dan murni, Islam menekankan mengenai kebersihan diri dan pembersihan jiwa menerusi amalan solat, berzikir kepada Allah dan mengisi tanggungjawab lain. Ini boleh dicapai melalui pengembangan sifat-sifat murni. Islam mengajar kita bagaimana mencapai nilai-nilai murni itu dan cara meninggalkan tabiat yang buruk kerana kedua-dua sifat ini berkembang dalam diri manusia mengikut cara ia dibesarkan, pendidikannya yang diterimanya & suasana persekitarannya.





Setiap manusia dilahirkan dengan mewarisi keinginan semula jadi terhadap tiga perkara penting dalam hidupnya; iaitu makanan, tidur dan seks. Dia juga mempunyai perasaan hati yang lahir secara semulajadi; gembira, marah, sedih, sayang, bimbang, jijik, tamak dan sebagainya. Islam tidak pula menyarankan agar semua perasaan ini disingkirkan, sebaliknya menawarkan cara untuk mengawalnya menerusi pendidikan dan disiplin keagamaan.






Larangan memakan daging babi dalam Islam mempunyai kaitan dalam konteks ini. Ada pepatah Inggeris yang menyatakan 'anda ialah apa yang anda makan'. Islam membenarkan umatnya memakan makanan yang suci dan bersih. Bagaimanapun dari segi pengambilan daging, umat Islam dinasihatkan supaya berhati-hati dan tahu membezakan antara yang halal dengan yang haram.





Langkah ini secara automatik membawa kepada pemahaman yang lebih mendalam mengenai keperluan menyemai sifat kemanusiaan yang sejati. Di sebabkan darah pada asasnya merupakan aliran kehidupan kita, dan apa saja yang kita makan akan mempengaruhi secara langsung sistem darah kita, justeru kita perlu mengamalkan cara memilih makanan dan minuman seperti yang dituntut Syarak.





Terdapat beberapa jenis makana dan minuman tertentu yang ditetapkan oleh Allah dan Pesuruh-Nya dalam Al-Quran dan Hadis sebagai larangan. Allah bukan sengaja mengada-adakan larangan berhubung makanan dan minuman ini. Ia adalah perintah daripada Tuhan Pencipta sekalian alam demi kebaikan manusia sejagat.





Apabila Al-Quran menyebut benda-benda yang dilarang itu sebagai buruk, bukan bersifat asli dan memudaratkan kesihatan, ia memberikan pemerhatian yang mendalam ke atas moral, dan kebijaksanaan manusia, kesihatan dan kekayaannya, melalui tanda ketakwaannya dan kebiasaan tingkah lakunya - yang mana kesemuanya merupakan harta yang tidak ternilai harganya dari sudut pandangan Islam.





Alasan di sebalik perintah yang Maha Agung begitu banyak. Ia bersifat intelektual, spiritual serta mental, fizikal dan ekonomi. Satu-satunya tujuan bagi larangan ini ialah untuk menunjukkan kepada manusia bagaimana untuk memajukan dirinya menurut cara yang betul dalam kehidupan, ke arah menjadi satu unit yang suhat dalam struktur kehidupan berkeluarga, kemudian kehidupan dalam masyarakat, dan akhirnya dalam kemanusiaan secara menyeluruh.





Selain larangan memakan daging babi dan daging binatang buruan seperti singa dan harimau, orang Islam juga dilarang memakan binatang seperti ular, kucing, anjing, tikus dan sebagainya. Larangan ini adalah berdasarkan matlamat pembersihan jiwa seseorang, kerana makanan apabila dimakan bukan sekadar masuk ke dalam perut dan usus dan keluar sebagai najis. Ia diserap dan dimetabolismekan ke dalam sistem penghadaman dan mengalir ke seluruh bahagian tubuh termasuk otak, dan peranannya bukanlah kecil dalam mempengaruhi sifat semulajadi manusia...

* to be continued..

No comments: