Monday, April 19, 2010

METAFORA: SI ANAK GAJAH


 Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah syukur pada Khaliq yang memiliki seluruh alam ini. Tiada nikmat terindah menjalani kehidupan yang sempurna. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, kaum keluarga baginda, para sahabat dan para solihin terdahulu.

Awal pagi tadi saya sudah tidak sabar untuk mengetahui keputusan peperiksaan saya. Jadi dengan rakusnya, saya check di Portal Student KUIS. Sujud syukur sangat2.. Diri ini masih mampu mengekalkan kecemerlangan walaupun mungkin tidak sehebat orang lain. Tapi saya berBANGGA dengan diri saya.. ADAWIAH BOLEH!!!

Pagi-pagi macam ni, memang kena ada keyakinan diri yang bagus bagi memulakan hari-hari seterusnya. Ceria, yakin, bermotivasi, bersemangat dan tak kenal putus asa adalah ciri-ciri mereka yang memiliki tahap keyakinan diri yang tinggi. Ciri orang yang dahagakan kejayaan disepanjang hidupnya.. Siapa pun anda, anda berhak untuk memiliki kejayaan tetapi haruslah memiliki keyakinan diri dahulu.

Dengan itu, mari kita ikuti kisah pengajaran yang sangat berguna ini..

*********************************************


Seekor anak gajah dirantai sejak keil pada sebatang tiang. Pada mulanya anak gajah itu meronta-ronta untuk melepaskan diri. Anak gajah itu tidak terdaya kerana kakinya masih kecil, manakala rantai serta tiang yang menambatnya begitu kuat. Hari demi hari dicubanya, tetapi anak gajah itu tidak dapat melepaskan diri. Lama-kelamaan anak gajah tidak mahu mencuba lagi kerana takut dengan risiko kegagalan.

Setelah bertahun dalam keadaan itu, anak gajah membesar. Badan, kaki dan lain-lain anggota badannya sudah turut membesar lebih daripada rantai dan tiang yang menambatnya sejak kecil. Secara logiknya dengan sekali rentap sahaja besi dan tiang itu boleh tercabut. Sayangnya, gajah itu tidak pernah berfikir untuk berbuat begitu. Kenapa? Kerana ia sudag hilang keyakinan diri. Pengalaman gagal semasa kecil menyebabkan gajah itu tidak mahu mencuba lagi. Padanya, ia tetap tidak mampu melakukannya.


** Inilah bahana hilang keyakinan diri. Dan dalam kehidupan manusia, apa yang dialami oleh gajah itu juga sering terjadi. Khususnya buat umat Islam yang sekian lama dijajah oleh musuh dalaman dan luarannya, semangat berjuang menjadi semakin luntur..

~ Tapi yang pastinya contohilah para penduduk Palestine yang sentiasa berjuang untuk menegakkan martabat mereka dari dijajajh oleh Israel.. Kecil-kecil lagi semangat "syahid fisabilillah" telah tertanam dalam diri mereka.

~ Wahai umat Islam sekalian, sedarlah!! Setiap saat,setiap minit, dan setiap jam, diri kita sentiasa diperhatikan oleh musuh-musuh yang dengki dengan umat Islam. Ada sahaja cara mereka untuk memusnahkan kita. Jadi, bangkitlah!!! Jangan leka dan jangan malas!!!

~ Yakinlah, Allah s.w.t yang lebih berkuasa di atas muka bumi ini.

No comments: