Friday, April 9, 2010

~~ SIAPA YANG KAYA?


 Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya kepada saya dan keluarga. Bersyukur juga saya dapat meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Nak kata banyak agenda tak juga tapi insyaAllah saya akan meluangkan masa menghabiskan membaca buku-buku yang saya beli semasa di Pesta Buku tempoh hari dan buku hadiah dari sahabat saya.

Erti kaya sebenarnya bukan di ukur dengan harta benda tetapi skop yang dapat dimaklumi adalah sangat luas. Boleh jadi kaya sopan santun, budi pekerti yang baik, kaya ilmu pengetahuan dan sanggup dikongsi bersama orang lain. Kaya kecantikkan dan dia bersyukur dengan anugerah yang diberi. Tak pernah merubah kecantikkn yang ada. Sebenarnya, kaya harta dan kaya jiwa adalah sangat-sangat dituntut dalam Islam. Dari situ kita dinilai sebagai hamba yang bersyukur.

Dengan itu, mari saya bawa anda mengikuti kisah pengajaran yang cukup bagus diikuti..

******************************************************


Seorang hartawan membawa anaknya menginap di sebuah rumah milik seorang kenalannya yang miskin. Dia berharap anaknya akan sedar akan kekayaan yang mereka miliki. Setelah tiga hari di rumah si miskin, mereka pun pulang. Dalam perjalanan si ayah bertanya: "Apa pandangan kamu tentang kembara kita?"

"Seronok!" jawab anaknya.

"Sekarang, mesti kamu dapat bandingkan hidup sebagai orang kaya dengan orang miskin bukan?"

"Ya," jawab anaknya ceria.

"Nah sekarang, apa yang kamu belajar daripada semua ini?"

Si anak menjawab: "Kita mempunyai seekor kucing peliharaan, tetapi mereka ada banyak kucing yang mereka beri makan. Kita ada kolam renang, tetapi mereka ada sungai yang jernih dan mengalir airnya unutk mereka mandi. Kita ada lampu import yang mahal harganya, tetapi mereka ada bintang-bintang bergemerlapan di langit yang mereka pandang waktu santai di halaman rumah pada malam hari..."

Si ayah ingin menyampuk, namun si anak meneruskan, "Kita ada jalan berturap tetapi mereka ada padang hijau yang saujana mata memandang. Kita seronok menyuruh orang gaji membuat itu dan ini untuk kita, mereka pula ceria ketika berkhidmat dan memberi pertolongan kepada orang lain. Kita ada banyak makanan, tetapi mereka menghasilkan makanan. Kita ada jaga yang menjaga harta kekayaan kita....tetapi mereka mempunyai ramai sahabat setia yang sentiasa melindungi mereka."

Si ayah tambah terdiam apabila anaknya menambah: "Terima kasih ayah kerana menyedarkan betapa kayanya mereka dan miskinnya kita!"

Moral of the story:
Kekayaan sebenar letaknya di hati yang bersyukur dan redha dengan apa yang diperolehi. Bukan kerana apa yang kita miliki tetapi kerana apa yang kita beri. Untuk mencapai kesenangan, kita perlu memiliki. Tetapi untuk mencapai ketenangan kita perlu memberi. Memberi lebih gembira daripada menerima. Apatah lagi memberi dengan hasil usaha kita sendiri.

~ Anak orang tu berjiwa besar dan dia belajar dari keadaan sekeliling. Bersyukur juga bapa dia sebab dapat anak yang tak banyak songeh! Sendiri faham la...

No comments: