Saturday, April 3, 2010

~@ KASIHAN GADIS CANTIK ITU @~

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah saya dapat lagi menghirup udara nyaman pagi di bumi yang penuh rezeki ni. Syukur nikmatMu Ya Allah. Untuk pengetahuan anda semua, saya dah lepas tiga paper final. Ada lagi dua paper. Erm, ntah soalan macam mana yang ditanya. Usul Fiqh dan Research Business Methodology. Rasa takut pula. Usul Fiqh adalah subjek yang sangat menarik tetapi untuk menguasai bidang ini perlu ada komitmen yang jitu. Rata-rata sahabat saya dari fakulti Akademik Islam, mengatakan subjek ni agak sukar. Memang tak dinafikan pun tapi ntah macam mana saya terpaut sayang pula. Saya cukup suka dengan subjek ni walaupun saya bukan aliran syariah dan sebagainya.


Kita tinggal dulu hal saya, kembali pada mauduk asal entri kali ini. Saya tertarik sangat dengan hasil nukilan saudara Muhammad Asyraf. Terima kasih kerana beri keizinan buat saya untuk mempromosikan hasil idea anda. Ada sebab mengapa saya suka karya beliau. Walaupun nampak simple tapi isinya sangat tajam dan mantap. Mungkin ianya dekat dengan diri saya. Sukar untuk diluahkan tapi itulah hakikatnya. Ketahuilah, jika anda telah dilahirkan sebagai seorang wanita, amat payah dan berat untuk menggalas tanggungjawab dalam menjaga maruah diri. Jika dikurniakan nikmat keindahan yang tak terperi, maka fitnah yang sentiasa dinanti. Sungguh!! Sangat sukar untuk menjaga. Adakalanya lelaki yang hadir bukan inginkan hubungan yang serius tapi sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Bukan memilih tapi mencari yang berkualiti sangat sukar ditemui. Erm, ntah apa yang saya bebelkan sekarang ni..

***********************************************************

Gadis cantik itu..
Aku rasa kasihan padanya
Wajahnya ayu, tutur katanya lembut, 
senyumnya manis sekali
Ah! Pastinya sang kumbang bermata keranjang suka melihat
Ke mana sahaja dia pergi sang kumbang akan automatik naik gatal
Kumbang-kumbang itu bukan sembarangan kumbang
Kumbang yang belajar agama, kumbang berkopiah
Aduh kasihan..
Imannya diuji bertalu-talu!

Gadis cantik itu
Aku tahu dia punya pendirian
Mahu jual mahal
Tapi bila saat lelaki yang kononnya 'mahal' datang kepadanya
Dia juga hampir kecundang
Dia juga mula merasa dirinya sungguh cantik
Aduh kasihan..

Gadis cantik itu mahu berubah
Mahu ikut serta barisan dakwah
Tapi ada sahaja mulut-mulut yang mengatakan dakwah itu kerja orang laki-laki
Tak elok orang perempuan selalu keluar rumah

Melihat orang berpurdah
Terbit di hati si gadis cantik mahu pakai purdah
Tapi si gadis tidak rasa bersedia
Tidak rasa kuat
Aduh kasihan..
Lagi kasihan kalau dia fikir wajahnya itu rugi kalau tidak ditayang

Gadis cantik itu mahu nikah
Tapi ditunggunya lelaki sefikrah
Aduh...aku rasa kasihan lagi
Kapan mahu nikah kalau menunggu sebegitu

Gadis cantik itu..
Terus menerus lagi menghadapi arus
Menepis-nepis fitnah yang datang menghunus
Fitnah kejam, fitnah jahat, fitnah busuk,
Gadis itu sungguh kasihan..

******************************************
~ Semoga segala urusan hidupku dipermudahkan. Amin..

2 comments:

naimul firdaus said...

salam..
boleh komen ke ni?

kalau boleh saya nak komen sikit.

menarik artikel anda yang ini. bila kita sebut gadis, pasti yang wujud dalam kolam fikir kita adalah seorang wanita muda yang belum nikah, dan cantik(sebenarnya ini sekadar pandangan saya).
bagaimanapun yang ingin saya kongsikan, yang dikatakan gadis itu bukannya bermula semasa usianya belasan tahun dengan tanda-tanda cukur umur dan sebagainya, tetapi pembinaan diri sebagai seorang gadis bermula semasa dia dinamakan dengan nama seorang wanita-sejak lahir. di situ pendidikan yang sebenarnya.
maaf, panjang pula komen saya..

hehe, jemput berkomen di blog saya.

Brilliant Marjan said...

wslm naimul firdaus >>

enta sudah komen pun..boleh saja..

benar kata enta tu tapi biasanya artikel yang saya ambil dari orang lain, jarang saya nak tukar tajuknya..sebab bukan karya asal saya..jika karya saya, tak ada masalah punya..

papepun terima kasih sudi singgah, baca dan komen..hidup untuk memberi =)