Friday, April 23, 2010

LELAKI~ANTARA EGO & TANGGUNGJAWAB


 Assalamualaikum w.b.t

Islam mengakui perbezaan jantina dan setiap perbezaan itu juga mempunyai perbezaan tangungjawab dan tugas. Dalam Islam lelaki mempunyai tangungjawab yang tertentu yang tidak diberikan kepada wanita seperti jawatan khalifah, imam, wali dan lain-lain lagi tetapi ini tidak bermakna lelaki boleh ego dengan tanggungjawab itu. Tanggungjawab ini diberikan Allah SWT satu amanah dan bukannya untuk kebanggaan atau ego dengan menindas jantina yang lain seperti ketua keluarga diberikan kepada lelaki tetapi tidak bermakna lelaki boleh membuat sesuka hati terhadap isterinya.

Perbezaan jantina antara lelaki dan wanita disebabkan oleh perbezaan fisiologi, biologi dan psikologi diiktiraf oleh Islam dan sebab itulah Islam membezakan tanggungjawab dan tugas antara lelaki dan wanita. Akibat daripada perbezaan asal dalam peranan dan objektif mereka kita dapat tahu lelaki dan wanita mempunyai sifat semula jadi dan taraf yang berbeza antara satu sama lain dan setiap seorang daripada mereka menjadi pelengkap kepada yang lain bagi memenuhi peranan asal mereka.

Dalam soal kepimpinan keluarga dan masyarakat serta negara Islam memang telah memberikan tanggungjawab ini kepada lelaki dan walaupun wanita tidak diberikan tanggungjawab ini bukan bermakna wanita tidak diberikan peranan dalam keluarga, masyarakat dan negara.

Sebagai contoh wanita adalah pengurus rumah tangga, pendidik anak-anak dan harus menjadi isteri yang baik, keluarga yang baik akan melahirkan masyarakat yang baik, masyarakat yang baik tentu sahaja akan melahirkan keluarga yang baik. Maka wanita haruslah bersyukur kepada Allah kerana tidak dibebankan dengan solat berjemaah, Solat Jumaat, berjihad dan mencari nafkah hanya perlu taat kepada suaminya dan taat kepada Allah maka selesailah tanggungjawabnya di dunia.

Sebagai lelaki pula segala tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah kepada mereka apakah sudah ditunaikan. Dalam masalah keluarga misalnya, walaupun isteri diminta untuk taat kepada suaminya bukan bermakna taat kepada suaminya secara membuta tuli. Kadang lelaki sebagai suami silap dalm mentafsirkan taat kepada suami itu adalah secara 100% walaupun ada kalanya suruhan itu bertentangan dengan Syariat Islam.


Dalam satu hadith Rasulullah SAW bersabda "Sebaik-baik kamu adalah orang yang berbuat baik kepada isterinya" dan dalam sati hadith yang lain Rasulullah SAW bersabda "Muka yang memukul wanita adalah bukan orang yang sebaik-baik antara kamu". Hadith riwayat Abu Dawud, Ibn Majah Addarimi.

Hadith ini adalah arahan Islam supaya suami atau lelaki bersikap lemah-lembut terhadap wanita tetapi walaupun ramai lelaki yang berlemah-lembut terhadap wanita dengan melakukan penderaan fizikal ini dan kadang didera dengan penderaan mental.

Lelaki tidak boleh merasa hebat hanya kerana tanggungjawab yang diberikan kepadanya tetapi tidak melaksanakan tanggungjawab tersebut secara sepenuhnya. Dalam soal kepimpinan ramai lelaki menjadi pemimpin tetapi berapa ramai yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh kepimpinan.

Sekarang ini ramai lelaki menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan industri tetapi berapa ramai yang benar-benar jujur dalam urusan perniagaan ini atau misalnya kita lihat hari ini ramai yang ditangkap kerana penyelewengan dan rasuah.

Dalam hal kehebatan lelaki ini sebenarnya dalam Islam tiada yang hebat sepenuhnya sama ada lelaki atau wanita kecuali yang bertakwa kepada Allah. Kepada lelaki beberapa perkara perlu direnungkan supaya barangkali egonya sebagai lelaki akan menurun dan tetap berada di atas landasan yang betul.

i. Berapa ramai lelaki yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh dalam hidupnya.
ii. Berapa ramai di antara lelaki atau suami menjadikan Rasulullah SAW sebagai suami ikutan dan contoh. Para Sahabat bertanya kepad Saidatina Aisyah R.A. "Apakah yang dilakukan oleh Rasulullah di rumah, Aisyah menjawab, Rasulullah apabila berada di rumah baginda akan membantu ahli keluarganya dan apabila tiba waktu solat baginda akan mendirikan solat".
iii. Rasulullah SAW adalah suami, bapa, datuk kepada cucu, pemimpin, panglima perang dan hakim tetapi baginda dapat menjadi yang terbaik dalam semua segi, berapa ramai lelaki yang boleh menjadi seperti ini tanpa rasa ego dan mengabaikan keluarga.

Oleh: Ustaz Azhar Tuarno, Imam Masjid Negara

~ Mudah-mudahan artikel ini membuka sedikit kesedaran kepada lelaki supaya lelaki tetap melaksanakan tanggungjawab dan dalam waktu yang sama membuang rasa ego dalam diri.

*** Bagi pendapat saya, lelaki mestilah mempunyai kualiti diri untuk membimbing sesebuah keluarga. Jika kurang ilmu sekalipun, wajiblah menambah ilmu sebanyak mungkin dan mengajak isteri bersama-sama mencari ilmu. Jika lelaki pendiam sekalipun, cubalah mencari idea-idea untuk mengharmonikan kehidupan anda sekeluarga.

Tetapi bagaimana jika seorang lelaki ingin berkahwin dua?? ADIL untuk kedua-dua isteri anda dalam semua segi. Itupun kalau nak kahwin dualah. Jika empat, empat orang lah anda sebagai lelaki perlu bersikap adil untuk kesemua isteri-isteri anda. Ahli keluarga pihak isteri perlu juga diambil beratkan. Jangan tahu nak seronok saja, sebab jika ada kepincangan dalam keluarga, akhirat nanti bahu anda senget sebelah sebab tak adil dalam melaksanakan tanggungjawab kepada keluarga anda.

2 comments:

Frodo Baggins said...

thankz .. ilmu ni amat bermanfaat. semoga x gagal dlm jd pemimpin keluarga ~~


>>___<<

Brilliant Marjan said...

Saya doakan frodo dapat jadi pemimpin yg dihormati oleh keluarga dan masyarakat. amin ^__^