Thursday, April 1, 2010

~ MENGAPA SAYA MENUNTUT ILMU?? ~


Assalammualaikum w.b.t.

Apa khabar anda semua? Doa saya anda semua sihat-sihat belaka. Dalam entri yang sebelum ini, saya ada menyatakan ingin berehat seketika untuk memberi laluan kepada masa depan saya. Tapi, nampaknya, saya ni tak betah untuk tak melakukan apa-apa. Hati ni tetap meronta-ronta nak jenguk juga blog dan facebook saya. Nak kata tegar dengan teknologi yang ada tak juga tapi naluri dan nafsu itu yang membuatkan saya menutup sebelah mata seketika. Tapi niat saya bukan untuk melakukan perkara-perkara yang ditegah tapi sekadar menyampaikan sesuatu buat anda semua. Ilmu yang ada, perlu dikongsi supaya ia bertambah dari hari ke sehari. Walaupun ada yang tak menghargai tapi saya tak kira.. Mungkin bukan sekarang kesannya akan dilihat tapi impaknya akan datang, insyaAllah pasti ada..

Macam hati kita juga, keras-keras macam batu pun tapi jika kena konsepnya untuk dilembutkan, pasti mudah ia menerima segala teguran dan mampu juga menerima ilmu yang disampaikan. Hati yang takut pada Allah dan hati yang mengharapkan redha Allah masih lagi ada harapan untuk diubah. Jika hati keras sekalipun, jika Allah s.w.t memberi hidayahNya untuk dibentuk kembali, insyaAllah sinarnya akan kembali. Bagi saya, hati manusia tak keras manapun. Sebab hati kita ni sentiasa berbolak-balik. Sentiasa tak menentu. Mudah terpengaruh gitu. Tapi, walaubagaimanapun, biarlah hati kita ini, sentiasa tetap dan khusnul khatimah sehingga kita meninggalkan alam ini kelak. Mohonlah pertolongan dari Allah s.w.t agar ditetapkan hati kita tetap kepadaNya.

Wah..Panjang betul mukadimah saya. Harap ada kesannya. Rasanya tak lari jauh pun. Kembali pada asal, ilmu ni merupakan pelita hidup kita. Walau sedikitpun ilmu yang diperolehi, tapi jika diamalkan dan dikongsikan, pasti akan bertambah menjadi banyak. Kenapa saya berkata begitu? Sebab bila kita kongsi apa yang kita tahu, kita akan lebih pandai dan lebih ilmunya. Tapi ada juga, orang yang kita tolong tu dapat lagi banyak ilmu. Itu tak jadi masalah. Allah tahu apa yang terbaik.

Saya menuntut ilmu sebab atas dorongan kedua orang tua saya. Mereka nak lihat saya berjaya dan berguna kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Tapi tak dinafikan juga, ianya datang dari keinginan saya demi untuk memajukan diri menjadi insan yang dipandang tinggi. Oppps..tapi bukan untuk mendabik dada dengan bangganya, nanti tak ke mana pula..Tak fasal-fasal, Allah tarik nikmat ilmu tu nanti.. Hanya DIA sahaja yang mengetahui segala niat di hati saya.

Jom saya nak ajak anda baca artikel yang dipetik dari iluvislam.com. Menarik!! Saya nak kaitkannya dengan apa yang saya kongsikan di sini.

**************************************

Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyur pernah menyebut ; 

"Tarbiyyah (pendidikan) bukan segalanya-galanya,
tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah."

Kekadang kita mengeluh mengapa kita perlu belajar tinggi-tinggi,
Kita hanya belajar untuk peperiksaan yang bakal tiba,
Kita hanya belajar untuk memuaskan hati ibu bapa,
Kita hanya belajar untuk dipandang tinggi oleh masyarakat,
Satu pertanyaan diajukan oleh golongan wanita,
Katanya buat apa belajar tinggi-tinggi,
Lepas kahwin jadi surirumah juga,
Namun ada yang kata dunia hari ini berbeza, 
Lelaki & wanita sama saja,
Bila berumahtangga apa susah,
Masing-masing urus kerjaya sendiri,
Bila datang cahaya mata, masing-masing tak nak mengalah, 
Kerjaya masing-masing dipertahankan, 
Anak yang dianugerahkan dianggap musibah,
Akhirnya dengan sifat penyayang si ibu pasti mengalah,
Akhirnya sama saja wanita tetap jadi surirumah,
Sedikit portion adalah sebaliknya, lelaki yang jadi surirumah,
Tapi hakikatnya tetap wanita majoritinya,


Ada satu kata-kata Ibu yang bijak mengajar anak daranya, 

"Jangan anggap wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi, 
walau kebanyakan akan jadi surirumah, 
tapi ingatlah anakku, ia pasti berbeza cara dan kualiti,
seorang ibu yang tinggi pelajaranya dengan yang sebaliknya,
yang mana akan melahirkan insan yang berguna?"

"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui"
(QS 39 : 9)

Bagi lelaki pula jangan gembira,
Jangan menyangka wanita belajar nampak tiada gunanya,
Bagaimana dengan diri anda, mengapa wanita selalu lebih banyak,
Terutama di peringkat IPT, ada yang kata dunia nak kiamat,
Ada yang kata lelaki is more to practical, not theoratical,
Itu pasal habis SPM kami terus masuk bekerja,
Tidak payah nak belajar tinggi-tinggi,
buang duit bayar yuran pengajian,
kalau bekerja dapat sebaliknya, dapat kumpul duit itu yang utama,
diri pun nampak matang, kerana sudah bekerjaya,

Tidakkah dirimu nampak kurang matang,
kerana pemikiranmu tersangkut hanya sampai di masa itu,
tidakkah kau lihat masa hadapan,
perluaskan minda melihat semuanya,
mana yang nampak mulia, fikirkan dengan minda yang berwawasan,
orang berilmu, belajar tinggi-tinggi, terutama jika ilmu yang diredhai,
bukan semua ilmu dipelajari dapat redha yang Maha Mengetahui,

Ingatkah ketika Ibnu Athaillah mengatakan, dalam kitabnya Al-Hikam, 

"Ilmu yang paling baik adalah yang disertai khasyyah."

khasyyah adalah rasa takut kepada Allah yang disertai mengagungkan Allah.
Maka segala jenis ilmu yang tidak mendatangkan rasa takut kepada
Allah dan juga tidak mendatangkan pengagungan kepada
Allah tiada kebaikannya sama sekali"

Itulah kata-kata indah dari seorang Tokoh,
Satu persoalan yang sering bermain di fikiran,
Bagaimana nak belajar kerana Allah, 
untuk mendapat redhanya,
InsyaAllah inilah jawapannya.

Untuk mengetahui ilmumu bermanfaat atau tidak, 
Cukuplah kau lihat bekasnya,
Jika dengan itu kau semakin takut kepada Allah
dan semakin baik ibadahmu kepada-Nya,
maka itulah tanda ilmumu benar-benar bermanfaat.
Jika sebaliknya maka berhati-hatilah.


Ini semua bermain dengan niat, satu benda yang sukar dijaga,
Pengikhlasan niat hanya pada-Nya,
At least 5 kali ikrar diulang setiap hari,
semuanya hanya untuk Allah Azza Wa Jalla,
"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku,
hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."
(QS 6 : 162)

di mana kita selama ini, ilmu apa yang kita tuntut,
jangan ingat hanya ilmu agama sahaja yang nampak diredhai,

Walau Rasulullah pernah bersabda, buat renungan kita semua, 

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya,
Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”

Jangan kita berfikiran sempit,
mentakrifkan ilmu agama sahaja yang akan diredhai,
tidakkah kau mengetahui, ilmu lain nampak dibayangi,
seperti sains dan astronomi,
tidakkah itu cara untuk mendekati kepada Illahi,
ilmu lain boleh didasarkan pada niat yang hakiki,
menambah ilmu untuk menjadi seorang pengabdi,
kepada Tuhan Rabbul 'Izzati.

************************************

Apa yang anda semua dapat dari artikel di atas? Sebenarnya, ada benar apa yang di kata.. Maaf jika ada yang terguris. Sebagai seorang wanita, saya menginginkan pasangan hidup saya seorang yang berilmu. Dengan adanya ilmu, dia boleh membimbing saya. Jika dia ada ilmu agama, lagi bahagia hidup kami nanti apatah lagi berteraskan rasa cinta kepada Allah.

Secara jujur, saya cukup tak gemar jika lihat lelaki yang melepak tanpa tujuan. Rata-rata yang saya lihat ada yang tak semenggah mana. Hanya tahu nak seronok saja. Tapi boleh pula dikelilingi dengan 'peneman' yang cantik-cantik dan bijak-bijak belaka. Saya tahu, tak semua yang melepak tu tak bagus orangnya. Kita boleh tengok luaran orang yang berilmu dan yang tak berilmu. Lain sangat. Ada sesiapa setuju??

Tapi masalahnya pula, ada juga wanita yang cerdik-cerdik ni buat masalah pula. Huhuhu..Haila..Ruginya hidup. Tak perlulah saya nak ulas panjang-panjang. Anda pun boleh tahu apa yang saya fikirkan. Cuma di sini, saya merasakan, baik lelaki atau wanita, jadikan ilmu itu sebagai perhiasan diri. Banyak gunanya jika kita berilmu ni. Kita akan tahu mana baik dan buruk, kita tahu halal dan haram, dan kita juga tahu macam mana nak memajukan diri kita.


~ Susah untuk saya jelaskan apa yang saya rasakan saat ni.. Saya masih mencari mana yang terbaik untuk dijadikan peneman hidup saya. Agama, kelulusan tinggi, kaya dan kacak. Uh....Mana yang sekufu??

2 comments:

NzA said...

menuntut ilmu mmg wajib w.pn dimasa kita brada...xkira usia, kedudukkn dan jantina.....kalu kita brilmu kita xsegan brada di mana2.....

Brilliant Marjan said...

tq sis atas pandangan yang diberi..tidak kira siapa kita, menuntut ilmu wajib atas diri kita semua