Monday, November 28, 2011

Hijrah Suatu Transformasi Kebaikan

Dari Ma'qil bin Yasar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:"Beribadat di masa-masa sulit sama dengan hijrah kepadaku."
(Riwayat Muslim)
Manfaatkan Masa-masa Aman
Jika direnung sebaik-baiknya, peluang untuk melaksanakan ibadah adalah amat luas untuk kita selaku umat Islam yang menetap di bumi Malaysia yang aman dan merdeka ini. Namun demikian, terdapat juga mereka yang tidak mensyukurinya, sama ada kerana mereka tidak menyedarinya ataupun mereka memang tidak mahu mengambil peluang. Ada yang tidak mengerjakan ibadah solat tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak, sedangkan masjid-masjid begitu banyak dan tersergam indah. Ada juga yang sengaja tidak berpuasa, tidak membayar zakat dan sebagainya.

Walhal kemerdekaan, keamanan, kemakmuran dan kemajuan yang dikurniakan Allah cukup banyak. Kita dilahirkan di tempat yang dilimpahkan dengan hasil bumi yang pelbagai, jauh daripada kebuluran, jauh daripada ketakutan akibat peperangan dan sebagainya. Kita aman untuk beribadah. Aman daripada diganggu. Bahkan dengan kesempatan ini sebanyak mungkin kita boleh melakukan amal kebajikan untuk menaikkan kesucian Islam.

Bukankan Allah telah menjanjikan bahawa dengan hal-hal yang demikianlah keberkatan dan rahmat-Nya akan berlanjutan. Mudah-mudahan kita tidak lupa untuk bersyukur kepada Allah S.W.T di atas nikmat kemerdekaan yang telah lama kita nikmati ini. Mudah-mudahan ia akan terus berkekalan buat selamanya.
وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللّهِ يَجِدْ فِي الأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَن يَخْرُجْ مِن بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلى اللّهِ وَكَانَ اللّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrahkepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(Surah An-Nisa' 4: Ayat ke 100)
 
Sumber: iliuvislam.com

No comments: