Sunday, November 6, 2011

Lautan jemaah haji Wukuf di Arafah

[NOV. 2011: Umat Islam seluruh dunia mula membanjiri Padang Arafah bermula selepas gelincir matahari Zohor di sini hari ini. Wukuf bermula 9 Zulhijah bersamaan 5 November berlansung selama lima hari. Kelihatan lautan umat membanjiri Jabal Rahmah dekat Arafah. -fotoBERNAMA]


MEKAH 5 Nov. - “Rasa sayu melihat lautan umat Islam dan betapa besarnya kekuasaan Allah SWT.” kata Zid Omar, seorang jurufoto agensi berita yang membuat tinjauan udara keadaan kira-kira tiga juta jemaah haji dari seluruh dunia berwukuf di Arafah hari ini.

Zid, daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), bersama beberapa rakan jurufoto dari negara-negara Islam, berpeluang menaiki helikopter bagi meninjau seluruh kawasan Arafah.

Jemaah berpakaian ihram yang terdiri daripada dua helai kain putih yang tidak berjahit bagi lelaki dan wanita berpakaian sesuai, tidak putus-putus mengucapkan talbiyah “Labbaika Allahumma Labbaik” yang bermaksud “HambaMu datang menyahut panggilanMu, Ya Allah”. Cuaca panas terik tidak menghalang jemaah menadah tangan memohon keampunan dan keberkatan daripada Allah SWT, selepas mendengar khutbah yang menjadi salah satu pengisian wukuf.

Wukuf yang jatuh pada 9 Zulhijjah merupakan ibadah yang wajib dilaksanakan oleh jemaah, termasuk bagi mereka yang sakit walaupun seketika.

Waktu wukuf ialah apabila masuk waktunya iaitu bermula dari gelincir matahari (masuk waktu Zuhur/waktu di Arab Saudi) pada 9 Zulhijah sehingga seketika sebelum terbit fajar (masuk waktu Subuh/waktu Arab Saudi) 10 Zulhijah.

Di sekitar Masjid Namirah, lokasi bersejarah yang menjadi tempat perkhemahan Rasulullah dan sahabat baginda sebelum tiba waktu untuk wukuf, kelihatan ribuan manusia.

Situasi sama juga kelihatan di lokasi bersejarah lain seperti (Bukit) Jabal Rahmah, di kaki bukit inilah terdapat batu tempat Rasulullah berwukuf.

Selain yang berjalan, terdapat jemaah yang duduk di dalam ratusan ribu khemah yang didirikan di padang tersebut.

Kerajaan Arab Saudi telah menanam lebih 100,000 pokok bagi menyegarkan udara dan menjadi tempat jemaah berteduh.

Selain kawalan keselamatan dan lalu lintas yang rapi, kelihatan juga helikopter digunakan untuk memantau keadaan di sekitar Arafah.

Selepas waktu Maghrib hari ini, jemaah akan bergerak meninggalkan Arafah bagi mengerjakan ibadah haji seterusnya iaitu bermalam di Muzdalifah, melontar tiga jamrah di Mina, tawaf dan saei. - Bernama

~ Saya rindu Ummi dan Abah. Alhamdulillah Ummi dan Abah dah selesai wukuf dan tawaf tapi belum lagi melontar jamrah.. Ya Allah, memang hati ini rasa tak sabar nak ke sana. Moga niat ku tercapai. Amin

3 comments:

~ummusumayyah~ said...

salam sis. anjang rindu ummi abah juga, masa baca entry sis ni terus meremang bulu roma, best nye dapat pi sana kan? nak nangis, sayu je, tempat yang tak terhijab doa kita, allahu rabbi, sama2 kita doa ye sis moga urusan kita adk beradik tuk ke sana mudah dan disampaikan usia kita tuk ke sana. tetibe teringat ajwad yang comel sedang bahagia di sana, mesti ajwad pun tengok atuk ngan nenek nye kat sana dan doakan tuk ummi abah kan..huk huk huk..

Brilliant Marjan said...

wslm..tu yg publish artikel ni..rindula kt ummi n abah..ummi n abah ada call td..

MANZARINA said...

saya tag awak ya