Monday, November 28, 2011

Berhati-Hati Ketika Mengharap

"Untuk apa kita mengharap pada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan?"
Pengharapan adalah sesuatu yang dapat memberikan kekuatan.
Walaupun kita berada dalam suatu kesusahan yang sangat berat, pengharapan akan memberikan kesegaran kepada iman untuk sentiasa bertahan.
Kita percaya bahawa masih ada jalan keluar kepada permasalahan.
Kita percaya bahawa pasti ada pertolongan.
Namun, pada siapa harus kita berikan pengharapan tersebut? Adakah pada makhluk seperti kita yang juga tak punya untuk memberi?
Atau pada Tuhan yang sentiasa menanti untuk diseru nama-Nya pagi dan petang? Bahkan Dialah yang memenuhi segala permintaan.
Seringkali kita meletakkan harapan yang tinggi kepada manusia untuk dipenuhi.
Padahal orang yang kita harapkan tersebut tak berdaya untuk memenuhi harapan dirinya sendiri.
Adalah lebih bahaya kalau orang yang kita harapkan sebenarnya tak pernah mengharap kepada Tuhan sekalian alam.
Dia menggantungkan kepercayaan kepada dirinya semata-mata tanpa sedikitpun merasa terikat dengan ketentuan Allah.
Jika orang sebegini yang kita harapkan, adakah dia akan membawa kita mendekati Tuhan?
Harapan tak tertunai, bahkan iman terungkai-rungkai ikatannya.
"Jangan risau, kalau aku ada, mesti ok punya semua benda."
"Hanya aku seorang yang boleh diharapkan."
Kata-kata sombong apakah itu? Seolah-olah dirinya adalah Tuhan yang menentukan segala keadaan.
Tanpa dia, mungkin keadaan menjadi kurang baik. Namun, dengan dia, adakah keadaan semestinya baik tanpa izin Tuhan?
Jika ada orang yang kita harapkan mengatakan begitu, berhati-hatilah, boleh jadi kita sedang mengharap pada yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan.
Bukan tidak boleh kita percaya diri, meletakkan harapan kepada manusia.
Namun, cukuplah harapan itu setakat yang patut.
Jangan sampai harapan itu melangkaui harapan tertinggi yang seharusnya diberikan kepada Allah mutlak.
Tak ada gunanya mengharap kepada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan, kerana kelak kita akan disesatkannya.
Pengabdian kita kepada Allah akan tercalar.
Berharaplah kepada manusia untuk berbuat sekadar kemampuannya, namun keizinan untuk sesuatu itu terjadi tetap harus dikembalikan urusannya kepada Allah.
Pengharapan yang tidak patut kepada manusia selalu terjadi tanpa kita sedari. Pengharapan yang tidak langsung diikat dengan pengharapan kepada Allah.
Contohnya, selalu kita terlalu mengharap manusia memberikan cinta kepada kita sedangkan Allah yang menumbuhkan cinta dalam hatinya.
Kenapa tidak berdoa sahaja kepada Allah agar mengurniakan rasa cinta tersebut?
Walaupun pengharapan tidak memansuhkan ikhtiar, namun pengharapan yang tepat akan menjadikan ikhtiar kita lebih berkat.
"Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan kepada dia untuk melaksanakan tugas yang aku berikan."
Itulah bentuk pengharapan yang lebih baik. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan izin-Nya.
Tuntasnya, hubungan berbentuk horizontal yang tidak diikat dengan hubungan vertical akan menimbulkan kecelaruan dan kegoyahan.
Horizontal saya maksudkan sebagai hubungan sesama manusia, vertical sebagai hubungan dengan pencipta.
Hubungan horizontal yang tidak ada ikatan vertical adalah ibarat sebuah kipas syiling yang berpusing tanpa tergantung pada syiling, putarannya bukan menyejukkan, tapi menghancurkan.
Jauhkanlah diri kita daripada berharap secara keterlaluan kepada manusia sehingga langsung melupakan pengharapan kepada Allah.
Lebih parah kalau manusia yang kita harapkan itu memang tak pernah mengharap kepada Tuhan.
Manusia terbatas kemampuannya sedangkan Allah tak ada istilah tidak mampu bagi-Nya.
Apabila Dia mengatakan jadi, maka jadi.
"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." -Al-Insyirah: 7-8
Wallahua'lam.
Sumber: iluvislam.com

Hijrah Suatu Transformasi Kebaikan

Dari Ma'qil bin Yasar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:"Beribadat di masa-masa sulit sama dengan hijrah kepadaku."
(Riwayat Muslim)
Manfaatkan Masa-masa Aman
Jika direnung sebaik-baiknya, peluang untuk melaksanakan ibadah adalah amat luas untuk kita selaku umat Islam yang menetap di bumi Malaysia yang aman dan merdeka ini. Namun demikian, terdapat juga mereka yang tidak mensyukurinya, sama ada kerana mereka tidak menyedarinya ataupun mereka memang tidak mahu mengambil peluang. Ada yang tidak mengerjakan ibadah solat tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak, sedangkan masjid-masjid begitu banyak dan tersergam indah. Ada juga yang sengaja tidak berpuasa, tidak membayar zakat dan sebagainya.

Walhal kemerdekaan, keamanan, kemakmuran dan kemajuan yang dikurniakan Allah cukup banyak. Kita dilahirkan di tempat yang dilimpahkan dengan hasil bumi yang pelbagai, jauh daripada kebuluran, jauh daripada ketakutan akibat peperangan dan sebagainya. Kita aman untuk beribadah. Aman daripada diganggu. Bahkan dengan kesempatan ini sebanyak mungkin kita boleh melakukan amal kebajikan untuk menaikkan kesucian Islam.

Bukankan Allah telah menjanjikan bahawa dengan hal-hal yang demikianlah keberkatan dan rahmat-Nya akan berlanjutan. Mudah-mudahan kita tidak lupa untuk bersyukur kepada Allah S.W.T di atas nikmat kemerdekaan yang telah lama kita nikmati ini. Mudah-mudahan ia akan terus berkekalan buat selamanya.
وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللّهِ يَجِدْ فِي الأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَن يَخْرُجْ مِن بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلى اللّهِ وَكَانَ اللّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrahkepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(Surah An-Nisa' 4: Ayat ke 100)
 
Sumber: iliuvislam.com

Sunday, November 27, 2011

Chavez bawa pulang simpanan emas negara RM35.1 bilion

[BEBERAPA kereta perisai membawa jongkong emas melintasi Istana Miraflores di Caracas kelmarin]


CARACAS - Venezuela kelmarin menerima penghantaran pertama simpanan jongkong emas negara berkenaan yang berada di seberang laut, kata Presiden Hugo Chavez.

Chavez berkata, penghantaran tersebut dibuat selepas Venezuela meminta semua simpanan emasnya di luar negara dipulangkan.

Simpanan emas Venezuela itu di beberapa buah bank Eropah termasuk Britain itu dibawa dengan sebuah penerbangan dari Paris.

Askar-askar kemudian mengawal emas tersebut yang diisi ke dalam sekurang-kurangnya lima buah kereta perisai menuju ke Bank Pusat di Caracas.

Pada Ogos lalu, Chavez mengumumkan rancangan mendapatkan kembali simpanan emas Venezuela di luar negara berjumlah 211.35 tan dan bernilai AS$11 billion (RM35.1 bilion).

Beliau juga mengisytiharkan hasratnya untuk memindahkan aset cair Venezuela berjumlah AS$6.2 (RM19.5 bilion) bilion yang disimpan di Bank Switzerland, Britain, Perancis dan Amerika Syarikat (AS) ke negara rakan seperti China, Rusia dan Brazil. - AFP

Sumber: Kosmo

~ Kaya untuk rakyat nikmati tidak mengapa tapi kaya untuk diri sendiri dan mengambil hasil rakyat tidak patut dihormati...

Friday, November 25, 2011

MUHASABAH MAAL HIJRAH

Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,
Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.
Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka dari pencipta-Nya.
Namun, bila iman hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dosa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.
Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah.
Sungguh,
Aku ingin berubah,
Menjadi seorang hamba-Mu yang taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan kurindukan nikmat syurga.
Jadi,
Kupohon padaMu wahai Tuhan,
Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,
Ya Rahim,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yang solehah,
Yang bisa mendamaikan hati Ummi dan Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Kerna mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.
Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.
Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....
Sumber: iluvislam.com
~ Rindunya pada Ummi dan Abah.. Mereka yang ku cintai berada di Madinah sekarang ini. RINDU

Thursday, November 24, 2011

WARRIOR BAEK DONG SOO












Tamat sudah cerita ini. Rasanya inilah drama korea yang paling saya suka kerana ada unsur seni mempertahankan diri, persahabatan, percintaan dan kesetiaan. Jika hidupnya untuk membunuh tetapi kerana persahabatan yang kuat dan keyakinan kawannya yang dia mampu berubah, dia boleh dan mampu menjadi insan yang terbilang. Di sini bermakna kita mampu mengubah takdir kita untuk menjadi apa yang kita nak. Dengan mendengar penjelasan mengapa dan apa yang membuatkan ia terjadi, masalah boleh diatasi dan sabar adalah kunci terbaik untuk melihat perubahan tersebut.

Semua karakter ada peranannnya dan paling saya sukai adalah persahabatan antara Baek Dong So, Yeo Un dan Cho Rip dari zaman kanak-kanak sehingga mereka dewasa serta pelakon yang memegang watak Cheon iaitu Choi Min Soo. Adik-adik saya marah sebab suka laki sebegitu. Hahahaha..

Sekarang nak fokus pada drama Deep Rooted Tree. Menarik!

Tuesday, November 22, 2011

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE 14



MAJLIS KONVOKESYEN KE 14 KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Konvokesyen ke-14 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) akan diadakan mengikut ketetapan berikut :
Tarikh
:
:
26 November 2011 (Sidang 1 dan 2)
27
November 2011 (Sidang 3)
Masa Pendaftaran
:
:
7.30 Pagi (Sidang 1 dan 3)
12.30 Tengahari (sidang 2)
Tempat : Pusat Konvensyen KUIS

PENGESAHAN KEHADIRAN
Borang pengesahan kehadiran graduan perlu diisi dengan lengkap dan dihantar dengan kadar segera.
Borang pengesahan boleh dihantar secara pos atau email di konvo@kuis.edu.my.

KAD JEMPUTAN
Setiap graduan akan diberi satu kad jemputan untuk dua (2) orang tetamu bagi masuk ke dewan Majlis Konvokesyen KUIS. Kad jemputan tetamu akan diberikan semasa hari pengambilan jubah akademik.

RAPTAI
Semua graduan DIWAJIBKAN menghadiri raptai pada :
Tarikh : 25 November 2011 (Jumaat)
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Pusat Konvensyen KUIS

PENGAMBILAN GAMBAR MAJLIS KONVOKESYEN
Semua gambar semasa Majlis Konvokesyen akan dikendalikan oleh syarikat fotografi yang dilantik oleh KUIS. Pembelian gambar tersebut boleh dituntut semasa pemulangan jubah akademik seperti tarikh yang ditetapkan.

TEMPAT PENGINAPAN
Pihak KUIS tidak menyediakan penginapan untuk graduan atau tetamu graduan.

** Tiba giliran saya dan rakan-rakan meraikan kejayaan.. Terpaksa ambil cuti untuk mengambil jubah sebab tiada siapa yang boleh mengambilnya. Nampaknya saya bergraduasi hanya ditemani adik-beradik sahaja. Kerana amanat Abah yang masih lagi di tanah suci, saya pergi juga untuk membolehkan adik-adik mendapat semangat kakaknya untuk meneruskan pelajaran sehingga ke peringkat lebih tinggi.. Tahun lepas konvo ijazah tapi tahun ni konvo sarjana. Alhamdulillah..

** Doakan Ummi dan Abah saya sihat ye kawan-kawan sebab Ummi dan Abah batuk berdarah kerana cuaca dan panas dalam badan.

TAHNIAH HARIMAU MUDA

SEPASANG tangan emas, Khairul Fahmi Che Mat sambil dibantu tuah sepakan penalti kemenangan kapten, Baddrol Bakhtiar memastikan Malaysia membawa pulang ‘ibu segala emas’ Sukan Sea Indonesia selepas menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi sepakan penalti pada aksi final, semalam.

Pada penentuan sepakan penalti apabila kedudukan terikat 1-1 selepas beraksi selama 120 minit, penjaga gol Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti kelima Indonesia, Ferdinan Sinaga ketika kedudukan 3-3.

Sepakan penalti terakhir negara oleh Baddrol cuba ditangkap penjaga gol Indonesia, Kurnia Mega namun bola tetap melepasi garisan gol untuk memastikan Malaysia mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos.

Malah kejayaan skuad kendalian Ong Kim Swee itu mengulangi pencapaian kejuaraan dua kali berturut-turut pada 1977 dan 1979.

Indonesia yang mendapat sokongan padu lebih 100 ribu penyokong yang membanjiri Stadium Gelora Bung Karno melakukan asakan awal ke kubu negara di babak pertama.

Selepas percubaan penyerang Papua, Titus Bonai diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit kedua, gawang negara akhirnya dibolosi menerusi tandukan, Gunawan Dwi Cahyo hasil sepakan sudut dua minit kemudian.

Malaysia kemudian bangkit menyamakan kedudukan apabila larian kapten, Baddrol Bakhtiar ke dalam kotak penalti disusuli hantaran lambung berjaya disempurnakan Mohd Asraruddin Putra Omar yang merebahkan badan untuk menanduk masuk bola ke gawang Indonesia pada m-35.

Bersambung babak kedua, Malaysia hampir di depan apabila serangan pantas yang dijana Irfan fazail gagal disudahkan dengan baik penyerang Ahmad Fakri Saarani biarpun hanya berada dalam situasi satu lawan satu dengan Kurnia Meiga.

Kegagalan kedua-dua pasukan mencipta jaringan menyaksikan permainan berlanjutan ke masa tambahan. Kedudukan tetap kekal 1-1 selepas aksi 30 minit masa tambahan perlawanan sekali gus memaksa penentuan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada Malaysia 4-3.

Pingat gangsa temasya edisi ke-26 ini menjadi milik Myanmar yang menumpaskan naib juara dua tahun lalu, Vietnam 4-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Sumber: Metro

~ Walaupun letih sempat layan bola malam tadi sampailah skuad Harimau Muda terima pingat dalam genggaman. Aura ibu segala pingat tu memang lain dan kejayaan Malaysia mempertahankan pingat juga sangat membanggakan. Syabas Harimau Muda.

Monday, November 21, 2011

PELAJAR DISEMBUR LADA


SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Sekumpulan penunjuk perasaan yang mengadakan protes di kampus Universiti California sebagai menyokong gerakan duduki Wall Street disembur semburan lada pada jarak dekat oleh seorang anggota polis berpakaian seragam antirusuhan dalam insiden yang tersebar di Internet kelmarin.

Canselor Universiti California, Linda Katehi menyifatkan rakaman kejadian itu sebagai 'menakutkan' dan mengarahkan satu jawatankuasa bertindak ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu.

Bagaimanapun, seorang pegawai polis yang menonton klip video rakaman beberapa pelajar itu menyatakan pengunaan kekerasan dalam insiden tersebut merupakan prosedur standard polis.

Dalam klip video berkenaan, seorang anggota polis dilihat menyembur semburan lada terhadap penunjuk-penunjuk perasaan yang sedang duduk.

Mereka bertindak menutup muka tetapi tidak melawan dengan beberapa pelajar menjerit meminta anggota polis berkenaan supaya berhenti berbuat demikian.

Klip video itu yang tersebar di YouTube dan beberapa laman web lain menimbulkan kemarahan pelajar pusat pengajian tinggi AS. - AP

Sumber: Kosmo

~ Biasanya isu yang berbangkit dari rakyat mesti ada sebab dan mereka memilih untuk menyuarakannya dengan pelbagai cara. Tapi rasanya melampau jika mereka sudah menyerah dan tidak melawan tapi diberi kekasaran. Saya kalau sembur lada ni patut tuju pada orang jahat yang berniat tak baik. Macam-macam...

Sunday, November 20, 2011

ART OF EGG









~ Time to sleep tapi sebelum tu nak ucapkan tahniah buat sahabat saya iaitu Yani dan Yazli, Amie dan Nabil serta Shahlehah dan pasangannya.. Moga kalian berbahagia hingga ke syurga. Tarikh cantik ni.. 20112011..

Saturday, November 19, 2011

CUCI MATA

[ Wanita berkerja yang diberi amanah sangat besar..namun saya tetap manusia biasa..]  
[ Kalau dah macam ni, alamat stress lah tu jawapnya..letih sampai jarang nak update blog dan beri idea yang bernas..]  
[ Penah ketika memberi penerangan yang menguji kesabaran, rasa nak telan je orang tu jika soalan sama diajukan..]    
[ So, lebih baik, saya makan benda yang mengenyangkan dari teringat hal yang boleh buat hilang mood.. mostly, saya bawa bekal pegi kerja..best bila masak sendiri!!!]
[ Kadang nak tambah mood, makan juga coklat atau roti sebab dah tak sempat nak jamah benda lain..]    
[ Tapi saya tahu, sentiap perkara yang berlaku merupakan pengalaman terindah dan mematangkan diri kita untuk menjadi lebih baik lagi]  
[ Kesimpulannya, saya rasa bersyukur dengan apa yang saya ada dan masih memikirkan pilihan terbaik apa yang saya suka dengan yang ada didepan mata..]  
Gaji sikit yang dekat atau gaji banyak yang jauh? Satu minat dan satu lagi ilmu yang kita telah ada.. Dua-duanya penting demi agama dan masalah umat.. Namun saya tetap dan bakal bertemu dengan insan yang hebat dalam bidang dan kepakaran masing-masing.. Memberi dan berkongsi ilmu dengan orang yang tidak tahu atau menerima dan berkongsi ilmu dengan orang yang tahu, mana lebih penting??

Sekolah perlu pulangkan wang bantuan jika tidak dituntut: TPM

KUALA LUMPUR: Pihak sekolah perlu mengembalikan semula wang bantuan persekolahan RM100 kepada kerajaan sekiranya wang terbabit tidak dituntut oleh ibu bapa pelajar, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 


Timbalan Perdana Menteri berkata, ibu bapa juga boleh membuat pilihan sama ada untuk menerima bantuan itu atau tidak atau berhasrat untuk menyumbang kepada pihak sekolah. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, ibu bapa bagaimanapun perlu membuat tuntutan ke atas wang berkenaan mereka sebelum membuat keputusan untuk menyumbang kepada sekolah."Kalau di sekolah itu ada ibu bapa pelajar yang kata tidak memerlukan (bantuan) dan sebagainya, itu tidak apa. Kita dah arahkan kepada sekolah, kalau ada lebihan, mereka pulangkan kepada kementerian dan akan masuk balik dalam tabung kerajaan, itu duit kerajaan. 

"Terserah kepada ibu bapa (untuk ambil atau tidak) kerana tujuan kita hendak kurangkan beban sebab awal tahun nak belanja beli kasut dan sebagainya. Kalau ibu bapa kata dah mampu dan ada kemudahan lain dan fikir nak sumbangkan...ibu bapa kena ambil dahulu duit itu," katanya kepada pemberita selepas perasmian Hari UNESCO Malaysia di sini hari ini. 

Muhyiddin berharap pengagihan wang bantuan itu dapat diselesaikan dalam bulan ini dan sekiranya masih belum dituntut oleh ibu bapa atas sebab-sebab tertentu, pengetua atau guru besar di sekolah berkenaan boleh membuat keputusan mengenai perkara terbabit. 

"Kalau masih ada ibu bapa yang jauh atau ke luar negara, itu tidak menjadi masalah kerana duit itu kita akan simpan dulu. 
 
"Kalau ada yang tidak disampaikan lagi oleh sebab tertentu, guru besar atau pengetua boleh buat keputusan. Kalau ada sampai hujung tahun (tidak dituntut), mereka kena serahkan baliklah," katanya. 

Wang bantuan persekolahan RM100 sudah mula diagihkan kepada 5.3 juta pelajar dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 sejak 15 November lalu.

Sumber: Berita Harian

~ Kenapa adik saya yang form 5 tak dapat? Bila saya tanya dia, katanya hanya form 4 disekolahnya yang dapat RM 100. Kenapa ye? Ouh..Sebelum terlupa dan tak terlewat saya nak ucapkan selamat menghadapi peperiksaan SPM untuk adik-adik saya.Dan tak lupa juga tahniah bagi mereka yang berjaya mendapat kepututsan cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PSRA. Misi kejayaan tidak harus terhenti di sini tetapi perlu diteruskan hingga mencapai sasaran yang dikehendaki.