MAJLIS KONVOKESYEN KE 14 KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Konvokesyen ke-14 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) akan diadakan mengikut ketetapan berikut :
|
PENGESAHAN KEHADIRAN Borang pengesahan boleh dihantar secara pos atau email di konvo@kuis.edu.my. Borang pengesahan kehadiran graduan perlu diisi dengan lengkap dan dihantar dengan kadar segera. KAD JEMPUTAN Setiap graduan akan diberi satu kad jemputan untuk dua (2) orang tetamu bagi masuk ke dewan Majlis Konvokesyen KUIS. Kad jemputan tetamu akan diberikan semasa hari pengambilan jubah akademik. RAPTAI Semua graduan DIWAJIBKAN menghadiri raptai pada :
PENGAMBILAN GAMBAR MAJLIS KONVOKESYEN Semua gambar semasa Majlis Konvokesyen akan dikendalikan oleh syarikat fotografi yang dilantik oleh KUIS. Pembelian gambar tersebut boleh dituntut semasa pemulangan jubah akademik seperti tarikh yang ditetapkan. TEMPAT PENGINAPAN Pihak KUIS tidak menyediakan penginapan untuk graduan atau tetamu graduan. ** Tiba giliran saya dan rakan-rakan meraikan kejayaan.. Terpaksa ambil cuti untuk mengambil jubah sebab tiada siapa yang boleh mengambilnya. Nampaknya saya bergraduasi hanya ditemani adik-beradik sahaja. Kerana amanat Abah yang masih lagi di tanah suci, saya pergi juga untuk membolehkan adik-adik mendapat semangat kakaknya untuk meneruskan pelajaran sehingga ke peringkat lebih tinggi.. Tahun lepas konvo ijazah tapi tahun ni konvo sarjana. Alhamdulillah.. ** Doakan Ummi dan Abah saya sihat ye kawan-kawan sebab Ummi dan Abah batuk berdarah kerana cuaca dan panas dalam badan. |
2 comments:
selamat bergraduasi
semoga cepat sembuh ummi dan abahnya..
tahniah konvo.. ^_^
Post a Comment