Monday, March 23, 2009

Berani Yang Positif

Adakah anda seorang yang berani? Berani yang macam mana? Setiap org de perspektif sendiri tentang berani..tp BERANI YANG POSITIF ADALAH LEBIH BAIK..

So, untuk tatapan semua sy ingin berkongsi tulisan Ahmad Safuan Al-Karami dalam bukunya yang bertajuk BERANI "LET'S BE BRAVE"

Enjoy it!

Sebenarnya berani yang digalak dan disuruh ialah berani yang bersifat positif sahaja. Dengan kata lain, berani pada tempatnya dan mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri dan kepada semua.

Sebagai contoh ialah berani hanya kepada disuruh Allah s.w.t. Berani seperti ini adalah sikap mental yang mendorong sikap rajin dan hati-hati, sebab dengan adanya sifat ini manusia akan merasa bahawa segala gerak-geri hanyalah untuk mencari redha Allah s.w.t dan sedar bahawa ia sentiasa dalam pengawasan-Nya.

Berani hanya kepada yang benar bermakna takut melakukan yang salah dan maksiat. Sedangkan takut seperti ini adalah didorong oleh perasaan takut kepada Allah s.w.t. Ibnu Qudamah Al-Maqdisi menerangkan bahawa takut kepada Allah mendorong untuk mengamalkan ilmu pengetahuan, dan untuk lebih banyak beramal, kerana ilmu dan amal itu sendiri akan dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Perlu difahami bahawa yang dinamakan takut kepada Allah bukan takut kepada seksa-Nya, tetapi takut kepada Allah adalah bahawa Allah akan selalu mengawasi segala perbuatan hamba-hambanya, sama ada perbuatan baik atau perbuatan buruk. Dengan demikian orang berkenaan tidak berani melakukan maksiat.

Begitu juga takut kepada seksa Allah dan dosa. Takut kepada seksa Allah bagi orang sufi tidak berbeza dengan takut kepada Allah, kerana sama-sama dapat mendorong seseorang untuk membanyakkan amal ibadah yang diredhai Allah, dan dapat mencegah dari berbuat maksiat yang nantinya pada hari kiamat akan memperolehi balasan sesuai dengan apa yang diperbuatnya.

* Ampunkan dosaku Ya Allah! Ya Rahman! Ya Rahim! Hambamu ini tidak lepas dari melakukan kesilapan..Huhuhu

No comments: