Thursday, March 12, 2009

Pengertian Istiqamah

Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun. Daripada pengertian ini dapat dirumuskan unsur-unsur utama istiqamah:

1. Berpegang pada akidah yang benar, aqidah ahli As-sunnah Waljamaah.

2. Melaksanakan tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Quran dan hadis Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam.

3. Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah.

4. Tidak terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan.

5. Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran.

Tahap-tahap Istiqamah

Ada tiga tahap Istiqamah yang perlu berlaku serentak iaitu:

Istiqamah hati: sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela seperti riak dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya ikhlas. Dengan kata-kata lain Istiqamah hati bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran.

Istiqamah lisan: memelihara lisan atau tutur kata daripada kata-kata supaya sentiasa berkata benar dan jujur, setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran dan jujur, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak dalik. Istiqamah lisan terdapat pada orang yang beriman, berani menyatakan dan mempertahankan kebenaran dan hanya takut kepada Allah Taala.

Istiqamah perbuatan: Tekun berkerja atau melakukan amalan atau melakukan apa saja usaha untuk mencapai kejayaan yang di redhai Allah. Dengan kata-kata lain istikamah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan, perusahaan atau perjuangan menegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa. Sikap ini menjadi begitu rupa kerana dorongan hati yang istiqamah.

So, nilailah diri kita sendiri mcm ne.. Adakah kita istiqamah dgn apa yg kita lakukan? Sekecil perbuatan yg kita lakukan spt zikir, sedekah, senyum dsb ada ganjarannya..krn tika ini semuanya sukar didapati seolah-olah ia tidak penting lagi..Fikir-fikirkanlah..

No comments: