Friday, March 27, 2009

Islam di mulut Tidak di hati

Tuhan memberitahu kita tahu tapi macam tak tahu
Tuhan memberitahu tapi kita tak mahu tahu
Tuhan membawa berita kita percaya
Tapi mendenagr acuh tak acuh saja
Tuhan membawa berita larangan dan tegah
Endah tak endah saja
Tuhan membawa berita gembira dengan Syurga
Tidak pun rasa gembira
Tuhan membwa berita ancaman dengan Neraka
Dengar tapi tidak pun rasa gerun
Tuhan membwa syariat, peraturan di semua aspek kehidupan
Hati merasa tidak senang sahaja dan membuat - buat tidak dengar
Walau telah diperdengar
Peraturan dibaca, bahkan digalakkan
Pembaca yang berjaya diberi hadiah pula
Namun diamalkan tidak juga
Bahkan dianggap pengacau Negara
Begitulah Islam di mulut tidak di hati
Tuhan disebut fi lisan (di lidah) tidak di hati
Barulah kita tahu apabila pengalaman diberi
Menjadi orang Islam mudah
Menjadi mukmin amat sulit sekali..

* Lindungilah diriku ini Ya Allah.. Amin

No comments: