Tuesday, March 24, 2009

Survival daripada Rasa Patah Hati

Dalam satu kajian di Barat, 95% pasangan mengalami situasi putus cinta tidak berbalas sebelum ulang tahun kelahiran ke-25. Profesor Helen Fisher dari Jabatan Antropologi Universiti Rutgers mencadangkan beberapa panduan bagi menghadapi perpisahan atau kekecewaaan dalam percintaan.


  1. Berceritalah dengan orang yang dapat dipercayai. Dapatkan kata-kata yang bijaksana yang dapat menghiburkan gundah-gulana di hati. Mendekatkan diri kepada Tuhan melalui majlis ilmu dan bergaul dengan mereka membawa kepada hakikat baru dalam kehidupan.




  2. Jangan jadikan dadah ataupun arak sebagai jalan bagi melupakannya. Ia hanya memberi masa tetapi bukan jalan penyelesaian. Jauhi diri daripada kegilaan ini. Sebaik-baiknya jangan simpan apa sahaja bentuk kenangan sama ada berbentuk gambar, kad-kad, surat ataupun cuba menghubunginya melalui telefon, apatah lagi bagi kita menjadi rakannya.




  3. Carilah hobi baru. Keluar dan kenali sebanyak mungkin rakan-rakan baru untuk kita dapati. Penuhi masa senggang dengan aktiviti berfaedah.




  4. Jangan berbaring di katil dan memainkan pita kenangan berkali-kali. Lakukan perkara yang menarik pemikiran kita ke arah perkara lain. Secara perlahan-lahan, fisiologi otak yang masih dalam suasana keseronokan dahulu akan berkurangan.




  5. Tangisan mampu memberi kelegaan. Namun minda perlu selalu disedarkan dengan hakikat kehidupan perlu diteruskan bukan dengan tenggelam dalam penyesalan. Usah peduli dengan komen negatif yamg memburukkan keadaan.




  6. Hindarkan diri daripada kita membuat keputusan-keputusan besar kerana keadaan kita masih dalam kedukaan dan dipengaruhi emosi yang tidak stabil.




  7. Berjumpalah dengan rakan-rakan lama yamg mampu membuat kita gembira dan tertawa.




  8. Perbaikilah penampilan diri. Selalu katakan kepada diri setiap hari kita lebih bersedia dan lebih baik dari semalam.




  9. Bermainlah dengan haiwan peliharaan seperti kucing dan arnab kerana ia dapat membantu memberi ketenangan.




  10. Jangan cuba menjadikan orang lain sebagai sumber penyelesaian masalah. Membina hubungan cinta yang baru dalam jangka masa yang singkat bukan penyelesaian kerana realitinya kita masih belum sedia.




  11. Menulis luahan hati dan perasaan marah pada helaian kertas dan membakarnya adalah satu cara meredakan emosi.




  12. Makan apabila tiba waktunya. Jangan menyeksa diri dengan pemikiran yang tidak sihat. Sentiasa amalkan pemakanan seimbang dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.




  13. Aktiviti mengeluarkan peluh seperti sukan, berkebun dan apa sahaja bentuk aktiviti fizikal membantu mengembalikan mood selain menyihatkan tubuh badan.




  14. Bacala buku-buku yang memberi keyakinan diri. Al-Quran adalah sumber inspirasi yang berkesan membawa diri kembali kepada kedudukan yang seimbang.




  15. Sentiasa menyebut kata-kata positif pada diri ataupun mengulang-ulang ayat Quran di dalam surah al-Baqarah ayat 216, maksud "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Tuhan mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."




  16. Sediakan senarai sahabat-sahabat, kekuatan yang ada, kelemahan diri dan perancangan masa depan kita. Ini dapat meningkatkan keyakinan diri kita.


Sumber: Zamri Mohd. Memahami Bahasa Cinta Lelaki.
* Cinta yang tiada tolok bandingnya adalah cinta kepada Allah s.w.t., ibubapa, agama, bangsa dan negara. Nikmatilah dan bersyukurlah dengan apa yamg kita miliki sekarang ini. Hargainya sebelum ia hilang daripada kita...

2 comments:

Zamri Mohamad said...

Terima kasih kerana sudi memetik sebahagian kecil daripada buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki. Moga-moga ia menjadi buku yang bermanfaat.

Terima kasih atas kepercayaan dan kesudian memiliki buku tersebut.

ZAMRI MOHAMAD
www.zamrimohamad.com/v2

Brilliant Marjan said...

Kamsa Hamnida sudi singgah..huhu..semua buku sy bc