Thursday, August 25, 2011

ERTI SEBUAH TANGISAN

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis:

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
 Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering dan berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?. Kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini. Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah. Tangisan dapat memadamkan api Neraka

Rasulullah saw bersabda: "Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Air mata taubat Nabi Adam a.s.


Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit kerana tersangat takut dan hiba terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,

“Manis sungguh air ini.”

Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan,

“Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

Air mata yang tiada di tuntut.


Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis menonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan. Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda
“Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”

“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat”?? Seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”
“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”

Berkata Salman Al Faarisi r.a. Aku menangis atas 3 perkara:
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah saw bersabda: Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mati.

(riwayat dari Salman al Faarisi) Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : “Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.” 



Sumber: Halaqah.net


~ Ketika subuh tadi, hati tiba-tiba sayu & sedih. Menangis. Bukan pagi ini saja tetapi setiap hari.. Adakalanya rasa takut bila hari makin singkat. Ramadhan bakal pergi. Cepat sangat masa berlalu. 

Hal ini juga terjadi ketika membaca al-Quran, sekali lagi rasa sayu menyapa..sukar digambarkan apatah lagi pada ayat-ayat tertentu..Sedih..


[ Sukar nak diluahkan apa yang dirasa...Hanya Allah yang bisa membuka setiap jalan yang dilalui]

7 comments:

merahitujambu said...

mengeluarkan air mata semua bersebabkan...
salam syawal..nk doodle free jom laa

Brilliant Marjan said...

memang semua bersebab..hanya kita & Allah yg tahu..

salam syawal juga..terima kasih :)

Afikah Aziz said...

jika menangis biarlah menangis atas perkara yang mendatangkan manafaat kepada kita contohnya menangis kerana takutkan Allah..semoga airmata ini nanti dapat menjauhkan kita dari neraka InsyaAllah :)

Tiq Hashim said...

Masya Allah... setitis airmata tu juga amat berharga jikalau dicurahkan di jalan yg benar. Tapi tak mudah untuk menginsafi kesilapan diri dengan ikhlas sehingga menitiskn airmata kan?

Brilliant Marjan said...

afikah aziz >>

kerana takutkan Allah, teringat terus dosa yg telah dilakukan..diri ini sangat kerdil..Allah masih beri peluang tk tebus balik kesilapan lalu..

Brilliant Marjan said...

tiq hashim >>

asal kejadian manusia sgt suci bersih & itulah fitrah..bila fitrah dicerobohi, hati gentar & kembali mengingati-Nya..itulah manusia..tak lepas dari kealpaan & dosa..

moga air mata ini membantu di dunia abadi kelak.amin

bunbun said...

nicelah! hehehe


alahai sayang. beta tak larat dah ni hukhuk *sakit sakit badan* eheeee. anyway, thnx kalau suka doodle bunbun ye :) salam kenal