Saturday, June 18, 2011

ARABIC CALLIGRAPHY

Assalamualaikum w.b.t.

“Seni itu sememangnya indah dan kadangkala sukar untuk di tafsir oleh mata kasar kerana ia mengandungi makna yang tersirat di sebalik apa yang tersurat pada permukaannya,” tutur penulis khat profesional tanah air, Ustaz Abdul Baki Abu Bakar.
Tiba-tiba saya teringat kenangan lama. Waktu di Sekolah Rendah Agama Kg. Medan dulu (1993-1997), selain mata pelajar Tauhid, Feqah, Akhlak, Al-Quran, Sirah (Sejarah para nabi dan sahabat) dan Bahasa Arab terdapat juga mata pelajaran Khat. Khat merupakan antara subjek yang saya gemari ketika disekolah rendah dulu. Itulah masanya saya mengenal apa itu Khat.

Ketika di darjah tiga Jim, Ustaz Yusof yang sangat baik hati itu (walaupun kelihatan garang) mengajar kami subjek ini. Bagi saya Ustaz Yusof sangat mahir dengan Seni Khat dan kalau boleh ketika itu, saya nak jadi macam dia. Kebetulan, saya dan beberapa orang sahabat lain memang makan ilmunya. Kira buat khat dengan baiklah.

Ingat lagi bila nak mula je kelas tu, Ustaz Yusof dah pesan awal-awal supaya asah pensel dengan kemas dan cantik (buat sedikit bentuk dihujung pensel untuk memudahkan membuat tulisan khat). Kadangkala, Ustaz Yusof akan tolong asahkan pensel kami mengikut kehendaknya. Sebab adakalanya kami bentuk tak cantik.

Bila tak asah dan bentukkan hujung pensel dengan betul, memang tak jadilah jawapnya. Tak ada rupa. Itu yang Ustaz tak nak. Ustaz mesti marah. Kadang baju, muka dan tangan boleh comot dengan kotoran dari pensel yang telah diasah. Time tu memang saya tak fikir ada pensel untuk khat. Ialah, budak-budak lagi.. Tak tahu apa sangat..

Tapi itulah saat yang paling enjoy sebab subjeknya tak berat dan memang saya suka. Saya juga pernah dapat hadiah untuk khat tapi tak ingat tempat keberapa atau sebab apa. Lama dah..

Bila masuk je sekolah menengah, baru luas sedikit ilmu tu. Saya beli pen khat sendiri sebagai kenangan dan untuk kegunaan peribadi. Dan ketika di tingkatan lima, saya sanggup ambil subjek tambahan iaitu pendidikan seni disebabkan minat terhadap lukisan dan kebetulan ketika SPM (2002), tajuknya berkaitan dengan khat (saya tak ingat apa) tapi memang kena buat khat ikut kreativiti kita sendiri.

Ketika itu saya jadi tumpuan sebab rupa-rupanya saya seorang sahaja yang buat pilihan khat. Tak adalah hebat mana sebab tak berguru pun, cuma ingat ilmu yang ada ketika zaman sekolah rendah dulu je tapi saya tetap puas. Memang berbaloi.

Tapi apa-apa pun saya kalah dengan adik saya. Dia lagi mahir sebab dia memang masuk kelas Seni Khat di sekolah dan ketika di kolej. Jika ada masa, kami tetap bertukar ilmu didada. Adik saya bantu saya untuk membuat khat dengan baik.

Untuk makluman semua, Seni Khat atau Seni Kaligrafi Islam merupakan antara cabang seni yang ada di dunia selain Seni Muzik, Seni Lukis dan sebagainya dan juga merupakan khazanah tertua sekali yang dimiliki oleh umat Islam. Seiring dengan perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh dunia, menyaksikan kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubaan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai keislamannya. Contohnya macam dalam Al-Quran yang kita baca tu. Itu juga merupakan salah satu Seni Khat supaya ia kekal terjaga dan dihormati.

Jenis-Jenis Khat

Sebenarnya sangat banyak jenis-jenis khat ni. Saya pun baru tahu. Yang diketahui ada 86 jenis tapi ada lebih lagi daripada ini. Biasa yang kita tahu ada lima jenis je iaitu Khat Nasakh, Khat Jali, Khat Thuluth, Khat Diwani dan Khat Kufi. Itu yang biasa digunakan oleh artis Seni Khat.

Untuk lebih tahu, anda boleh klik JK

Contoh-contoh Khat dan penerangannya

1. Khat Nasakh


INFO:
Dinamakan Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Quran serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain. Bentuk ini merupakan hasil daripada pengubahsuaian yang dilakukan oleh Ibnu Muqlah. Tulisan Nasakh muncul pada akhir abad ke 3H/8M dan berkembang meluas pada penghujung abad 4H/9M. Ciri-cirinya ialah mempunyai kelembutan, mudah dibentuk, praktikal dan mudah dibaca. Ia sesuai digunakan dalam penulisan al-Quran, akhbar dan majalah.

* Saya arif khat ini... ^_^

2. Khat Huruf Taj


INFO:
Taj bermaksud mahkota. Bentuk ini dicipta oleh pakar khat Mesir Muhammad Mahfiz pada zaman pemerintahan Raja Ahmad Fuad 1349H dengan meletakkan satu tanda seperti lam alif terbalik (seperti bentuk mahkota) di atas kepala huruf Nasakh dan ada juga di atas huruf Riq'ah.

3. Khat Diwani Jali


INFO:
Khat ini dicipta pada zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniah oleh khattat bernama Syahla Pasya pada abad ke-10H. Ia berbeza dengan Khat Diwani kerana terdapat baris-baris dan titik hiasan serta mempunyai bentuk huruf yang lebih besar dan jelas. Dinamakan Jali bererti jelas kerana terdapat kelainan yang jelas dari segi bentuk tulisannya. Digunakan untuk tulisan rasmi diraja dan surat menyurat kepada kerajaan asing. Bentuknya memenuhi kesemua ruang kosong sehingga membentuk satu ciptaan yang tersusun indah.

4. Khat Farisi


INFO:
Dinamakan Farisi kerana dinisbahkan kepada bangsa Iran. Dicipta oleh Mir Ali al-Tibrisi, kemudian diperelok oleh Imaduddin al-Syirazi. Khat ini juga dikenali sebagai Khat Taliq/Nastaliq, terkenal dan digunakan secara meluas di Iran. Keindahan khat ini terletak pada bentuk lengkungannya yang menarik, kurang garisan menegak dan bentuk hurufnya yang condong ke kanan dan tidak berbaris. Banyak digunakan untuk menulis syair, dan kegunaan harian.

5. Khat Ijazah


INFO:
Khat ini dicipta/diambil dari dua jenis khat iaitu Nasakh dan Thuluth. Ini bermakna khat Ijazah merupakan adunan dua jenis khat menjadi satu. Dinamakan Ijazah kerana Ijazah bermakna syahadah atau sijil yang dikurniakan kepada mereka yang betul-betul cemerlang dalam bidang khat. Maka guru khat tersebut akan menuliskan ijazah yang memperakui muridnya adalah orang yang berkelayakkan dalam bidang seni khat, ia juga digunakan untuk tandatangan sultan dan kalifah.
6. Khat Kufi Fatimi


INFO:
Dinamakan Fatimi kerana Kufi ini terkenal pada zaman pemerintahan Fatimi di Mesir. Kufi ini juga mempunyai pelbagai bentuk antaranya ialah Kufi Muwarraq (berdaun), Kufi Muzzahar (berbunga) dan Kufi Mudhaffar (bersimpul). Kufi Fatimi adalah antara jenis Kufi yang masih digunakan hingga ke hari ini. Ia tidak dibaris dan boleh dihias di ruang kosong antara huruf dengan ragam hias yang bercirian pokok dan batang pokok kacang sebagai latar belakang ayat.
Sumber: CK

Hasil Seni Khat

[Tanda tangan bergaya (tughra) Sultan Mahmud II dari Empayar Ottoman ditulis dalam khat menyerlah . Ia berbunyi Mahmud Khan anak of Abdulhamid sentiasa menang.]

[Khat Bismillah]

[Calligram Arab dalam bentuk burung]

[Hasil Ustaz Baki untuk RHB bank: Murabahah, Musyarakah, Wakalah...]

[Semoga Allah memberkati kamu berdua..doa untuk pengantin ni..]

* Time kelas ketika master dulu, abang-abang tu tahu saya minat Khat dan jawi dan mereka paksa juga saya tuliskan nama mereka di buku masing-masing sebab jika saya boring dalam kelas, saya suka lakarkan sesuatu dalam tulisan jawi. Tapi alat tak ada, so, saya hanya guna pensel sahaja. Rindu pula zaman belajar...

4 comments:

. said...

khat tu cntekk kn ?

sy minat nak blajar :)

Brilliant Marjan said...

betul..memang cantik dan halus seninya..

baguslah ada minat nak belajar, boleh jadi pelapis nanti..hehe..anyway tq komen

iKhRam said...

saya dulu pun ada jugak balaja menulis khat.. boleh la sket2..

teringat ustaz bakhtiar yg mengajar saya dulu.. bila saya sukar utk diajar.. dia akan memegang tngan saya.. bila diajar2 beberapa kali masih jugak tak dapat.. diketuk2nya tgan saya.. sampai la saya boleh menulis..

apapun seni itu indah bukan?

Brilliant Marjan said...

lucukan bila ingat balik?Ustaz Yusof akan marah-marah sayang je kat pelajar..sy tak pernah pula kena ketuk tangan..

bg sy yg menyukai seni, sy boleh katakan, memang seni itu indah..kt tak dapat ungkapkannya ibarat rasa sayang..hidup pun tak adalah boring dan rigid sangat..