Thursday, June 16, 2011

NADA DERING

Assalamualaikum w.b.t.

Ada sesiapa yang menunggu melihat gerhana bulan? Tapi seperti yang saya baca dalam paper gerhana tidak dapat dilihat kerana berada dikawasan pembayang yang kurang gelap. Bukan rezeki kita nampaknya untuk melihat kejadian alam yang jarang sekali berlaku.

Saya rasa semakin ramai yang memiliki handphone. Budak kecil yang sekolah tadika pun dah pandai apatah lagi yang berumur tiga empat tahun. Macam-macam jenama handphone yang dimiliki. Tapi saya bukan nak cerita pasal jenama. Cuma aplikasinya yang sering kita gunakan.

Biasanya dalam handphone kita tu memang dah ada nada dering tertentu yang telah tersedia berkhidmat untuk kita. Tapi kadang boring kan asyik lagu sama je. So, ada yang lebih advanced memasukkan nada dering sama ada dibayar atau melakukannya secara sendiri. Lagu tersebut mengikut trend semasa dan kesedapan halwa telinga kita.

Selagi tak gegar anak telinga, ada je bunyi yang difikirkan sesuai dan yang tak boleh tahan range lagu tu dari satu boleh naik sampai lima oktaf (saya main sebut je..betul ke?). Maksudnya dari serendah bunyi boleh jadi sampai satu padang boleh dengar nada dering kita. Hai, melampaulah tu. Itu sudah mengganggu ketenteraman awam. Huhu..

Bagi saya, cukuplah yang menyedapkan hati dan jiwa. Saya pun jenis yang tak berapa kisah lagu apa untuk dijadikan nada dering tapi bila orang hubungi saya, berkumandanglah lagu Maher Zain iaitu Is Allah Satisfied with Us dan bila message masuk pula, berdendanglah nyanyian dari Mawi vs Akil Hayy iaitu Hamba-Mu.

Tapi ada juga yang saya kelompokkan untuk orang-rang tertentu seperti untuk ahli keluarga saya lagu lain dan untuk kawan-kawan rapat lagu lain juga. Jangan tak tahu, untuk alarm (jam loceng) pun lagu special yang saya pilih. Biasanya himpunan zikir-zikir dan doa ataupun rentak lagu yang lembut.

Saya suka bangun dari tidur dalam keadaan tenang. Bila bangun tidur tu tak adalah rasa macam terentap jantung bila dengar lagu yang lembut-lembut. Sebab bila dengar lagu yang berentak kasar atau kuat nanti buat sakit jantung ataupun mengganggu orang lain. Yelah, roh kita belum sempat nak masuk dalam tubuh tiba-tiba dipanggil dengan cara paksa.

Lagi satu yang saya perhatikan nada dering ni pun boleh mencerminkan jiwa si pengguna. Tak kirlah lelaki atau perempuan. Sekarang ni pun yang berusia, saya tengok nada deringnya bukan main canggih. Terpulang selera masing-masing macam mana. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Di sini, saya ingin kongsikan lelaki dan nada dering yang dipilih. Cuba anda selidiki, adakah benar atau tidak bagai dikata. Saya ambil dari Alam Satu Cinta.

●Nada standard.
~ Lelaki yang menggunakan nada dering yang memang telah tersedia dalam telefon bimbitnya, biasanya menganggap telefon bimbit hanyalah satu keperluan semata-mata. Memadai asalkan dia dapat membuat dan menerima panggilan serta menghantar dan menerima sms sahaja. Dia mungkin seorang yang amat mementingkan pekerjaannya dan sentiasa sibuk.

●Nada lagu nasyid.
~ Seorang lelaki yang kurang terbuka, serius dan biasanya alim. Emosi lelaki yang menggunakan nada dering begini juga selalunya terjaga. Dia juga seorang yang melakukan semua perkara dengan kesungguhan hati dan perasaannya juga bukan senang untuk dipermain-mainkan..

●Nada dangdut/disko dut.
~ Lelaki yang penuh humor dan selalunya lurus bendul orangnya. Biasanya bila dalam keadaan berhumor dan 'main-main' dia jarang serius dalam setiap apa yang dicakap atau dilakukannya.

●Nada pop/balada.
~ Jika telefon bimbitnya menggunakan nada dering berupa lagu pop/balada yang mengasyikkan menandakan dia seorang yang cool, tenang dan penyabar. Sukar untuk melihat dia marah atau panas baran. Tetapi, jika dia dalam keadaan mood yang tak bagus, sukar sekali untuk dilayan perasaan dan sikapnya.

●Nada rentak R&B.
~ Lelaki yang biasanya menyeronokkan. Sentiasa ceria dan gembira. Jika sesiapa disisinya juga turut terhibur melihat sikap 'happy go lucky' dirinya. Tetapi dia selalunya memiliki sifat keegoan yang tinggi.

●Nada Rock.
~ Seorang yang kental dan keras jiwanya. Biasanya penuh semangat dan orang yang amat berdikari. Sentiasa spontan dan selamba orangnya.

●Nada dance music.
~ Lelaki yang selalu mempunyai penampilan yang memikat dan pandai menarik perhatian wanita. Jika menjadi kekasih, dia amat romantis orangnya. Tetapi, mungkin juga dia seorang yang mudah berubah hati.

●Nada rakaman sendiri.
~ Jika nada deringnya dirakam suara atau lagunya sendiri bererti dia orang yang kreatif dan mahukan sesuatu yang istimewa dan berbeza. Dia tidak gentar untuk mencuba sesuatu yang baru. Biasanya sentiasa mahukan penampilan yang terbaik didepan kawan-kawannya dan dia seorang yang amat egoistik.

2 comments:

snow queen said...

salam..nada dering tuk wanita ade tak...

Brilliant Marjan said...

wslm.maaf, sy tidak tahu.ni pun kebetulan saya search jumpa.kalau awk jumpa, share ye