Sunday, June 12, 2011

PERKARA YANG MENGHAIRANKAN

7 Perkara Yang Menghairankan

[weheartit.com: binalah cita-cita untuk menjadi insan yang terbaik ]
 
Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.
Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.
Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.
Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.
Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.
Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.
* Usman Ibn Affan

~ Memang tak dinafikan, kejap sedar kejap terleka. Perlu kena ketuk baru sedar tapi kalau tiada yang tegur, lupa balik. Sayalah antara insan itu. Awak semua pun sama. Sebab kita ni hanya manusia, cepat lupa. Satu musibah berlaku, baru kita nak insaf. Kalau tak ada musibah, gembira bukan main macam tak ingat dunia. Patutnya masa kita gembira nilah kita kena dekat dan ingat pada Allah dan segala amaranNya.


Doa Mohon Keampunan

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي خَطِيئَتِي وَجَهْلِي وَإِسْرَافِي فِي أَمْرِي وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي جِدِّي وَهَزْلِي وَخَطَئِي وَعَمْدِي وَكُلُّ ذَلِكَ عِنْدِي

“Ya Allah ampunkanlah kesalahanku, kejahilanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku dan segala hal yang Engkau lebih mengetahui hal itu dari diriku. Ya Allah, ampunkanlah aku, kesalahan yang aku lakukan secara serius maupun saat bergurau dan ampunkanlah juga kesalahanku yang tidak sengaja dan sengaja, ampunkanlah segala kesalahan yang kulakukan”

No comments: