Wednesday, June 8, 2011

SIPUT TANPA CENGKERANG @ NUDIBRANCH






Cantik kan hidupan laut ni? Tapi jangan tak tahu siput tanpa cengkerang ni atau juga dikenali rama-rama laut @ nudibranch sangat merbahaya sebabnya ia beracun dan bertoksik. Dengan saiznya cenonet je iaitu antara 0.25 to 12 inci (6 mm to 31 cm), karnivor laut ini memperoleh toksik menerusi proses memakan bunga karang, alga, rumput laut, obor-obor, binatang moluska, krustasia atau telur ikan.

Nudibranch mampu menghasilkan racunnya sendiri. Biasanya haiwan tersebut menyimpan zat-zat beracun di dalam badan dan mengeluarkannya menerusi sel kulit atau kelenjar apabila diancam atau diganggu si pemangsa.

Selain itu, warna terang yang menghiasi nudibranch bukan sekadar daya penarik semata-mata malah ia bertindak memberi tanda visual pada pemangsa bahawa hidupan yang berwarna terang bermakna dagingnya tidak enak dimakan.

Ada lebih 3000 spesis hidupan ini di dasar laut yang sukar untuk dilihat dengan mata kasar kerana ia gemar dan sentiasa berada dihabitanya iaitu terumbu karang. Nudibranch mempunyai pelbagai jenis warna dan bentuk menjadi buruan penyelam yang ingin merakamkan keindahan dan keunikkannya.

Untuk lebih lanjut, anda boleh search sendiri link kat bawah ni..

Nudibranch

Nudi picture



~ Ada hati nak menyelam tapi tak berkesempatan lagi.. Baru pandai terapung belum lagi berenang ibarat jaguh renang..Haila..Huhuhu

2 comments:

LaNuNsepet said...

sepelik2 binatang atas darat, pelik lagi binatang dalam laut.. kita jangka kita dah jumpa semua spesies..tp sebenarnya ada lagi yang tak dijumpai.. ada saja spesies baru dilaporkan..

siapalah yang cipta semua ni?
siapakah yang cipta benda seindah n hebat ni??

bukan sekadar ia hidup bahkan ade fungsi tersendiri.. siapa yang ajar haiwan ni buat gtu buat gni??

lihat n berfikir..
Subhanallah..

Blogger Umumkan Fungsi Baru Tukar Favicon Blog Dengan Mudah

Raji and Yeen said...

woahhh cantik tapi berbisa lah plak owh T.T