Tuesday, June 21, 2011

TANAH GAMBUT

Assalamualaikum w.b.t.


Saya nak bawa anda untuk menikmati alam. Ingat, unsur yang ada pada tanah dan sumber dari tanah sangat penting pada kita. Dengan adanya tanah, kita boleh dapat hasil (mana yang green hand, tahniah ye) dengan bercucuk tanam, membina penempatan dll.

Terdapat pelbagai jenis tanah antaranya tanah liat, tanah lumpur, tanah berpasir, tanah kapur, tanah aluvial (hasil mendapan dari sungai), tanah vulkanis (bekas letusan gunung berapi) dan tanah gambut. Tanah gambut ni yang saya nak fokuskan. Tapi bukan untuk buat kajian ye sebab saya bukan ambil jurusan itu.. Just nak share something je dengan anda semua.

Serba sedikit info mengenai tanah gambut yang saya search dari Google..

Tanah gambut adalah salah satu daripada tanah bermasalah yang terdapat di negara ini dan memerlukan pengurusan yang khusus sebelum dapat dibangunkan untuk pertanian dengan jayanya.  Tanah gambut biasanya wujud di kawasan-kawasan paya atau rata yang kurang baik salirannya.  


Dalam keadaan semulajadi tanah ini mempunyai paras air yang tinggi dan dalam keadaan terendam dengan air. Kandungan tanah gambut ini kebanyakannya terdiri daripada sisa-sisa tumbuhan yang belum reput sepenuhnya. Tanah gambut ni jenis coklat kehitaman.


Pada umumnya tanah gambut dibahagikan kepada 3 kelas mengikut kedalaman lapisan gambut iaitu:-


·         gambut cetek (0.5 m - 1.5 m)
·         gambut sederhana (1.5m - 3.0m)
·         gambut dalam (>3.0m)

Ciri-ciri Masaalah Tanah Gambut


Diantara ciri-ciri dan masalah utama tanah gambut ialah:-

  1. Saliran sangat jelik (tidak baik)
  2.  Sangat masam / pH rendah menyebabkan ketersediaan nutrien rendah.
  3. Paras air tinggi hampir di permukaan tanah kerana saliran sangat jelik.
  4. Mudah kering dan sukar diresapi air jika dibuat saliran secara berlebihan.
  5. Keupayaan galas tanah rendah terutama gambut dalam dan belum matang menyebabkan operasi jentera menjadi sukar.
  6. Kekurangan nutrien samada makro atau mikro seperti unsur N, K, Cu, Bo, Zn dan Fe.
  7. Mudah menyusut akibat pereputan terutama apabila saliran dilakukan menyebabkan akar timbul dan tanaman rebah.  Pada umumnya, tanah gambut menyusut 1 inci setiap tahun.
  8. Terdapat batang  pokok dan akar kayu yang belum reput dengan sempurna menyukarkan operasi pertanian.
  9. Mudah terbakar terutama di musim kemarau.

* Sumber: Petani


Nampakkan tulisan yang telah saya merahkan dalam masalah yang last tu. Sebab apa? Jom kita fikir..

Point yang saya nak cerita dan kongsikan di sini, sebenarnya dah nak masuk dua bulan saya lihat satu kawasan di laluan Jalan Kebun (jalan short cut nak pergi Shah Alam & Kemuning), tak jauh dari warung kat tepi jalan tu berasap ibarat tak nak berhenti!

Bila pagi nak pergi kerja, saya tak perasan kehadiran asap. Tapi bila nak balik je, pasti mulut ni akan membebel, "Kenapa still berasap lagi kebun ni" (kira tinggal sisa pokok kelapa sawit terbakar). Saya memang maklum dengan tanah gambut yang kaya dengan macro dan mikro, tapi macam tak sampai hati je tengok ia berterusan terbakar (takut berpindah ke tempat lain je, itu yang bahaya.).

Pada mula kejadian (bulan 5), saya memang perasan kehadiran bomba untuk memadamkan api di kebun itu. Seperti yang saya highlight kan dengan warna merah tu, tanah gambut ni mudah terbakar. Boleh dikatakan ia masih lagi berasap sehingga kini (di kebun tersebut). Macam ingin memusnahkan segala khazanah yang ada di dasar tanah.

Dan satu lagu saya perasan sejak Sabtu lepas, ada lagi kebun kelapa sawit yang terbakar dan hari ini ia kelihatan merebak. Allah, begitu kuasa penguasaan-Mu.

Mungkin benar tanah gambut tersebut ingin dikomersialkan semula lagipun saya melihat tanah tersebut hanya terbiar (mungkin tidak mendatangkan hasil atau tiada siapa yang ingin menjaganya), tapi saya mohon agar pemantauan yang lebih kerap dapat dijalankan dari pihak berkuasa. Bukan apa, takut ia melarat pula.. Sebab kerap sangat kita dengar tentang kebakaran hutan yang tidak disengajakan (kalau yang memang ada niat nak bakar tu, memang melampau namanya)..

No comments: