Thursday, June 23, 2011

KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t.


Bila berkesempatan menonton tv, perkara yang saya tak lepas tengok berita. Saya kira ramai yang tak tahu hal ini lagi. Tapi hari ini kali kedua berita TV 3 menyiarkan tentang sambutan 'Kedai Rakyat 1 Malaysia'.

Semalam (22 Jun 2011) merupakan detik bersejarah kepada rakyat, iaitu pelancaran pasar mini Kedai Rakyat 1 Malaysia yang pertama oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak  di stesen LRT Kelana Jaya.

Saya sangat tertarik dengan usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan dan MYDIN demi membantu rakyat yang berpendapatan rendah terutamanya yang tinggal di kawasan bandar. Apatah lagi dengan tertubuhnya 'Kedai Rakyat 1 Malaysia' ini juga dapat mengawal kenaikan harga barangan runcit sewenang-wenangnya yang selama ini telah didominasi oleh syarikat pengeluar antarabangsa.


Perbezaan yang terdapat di Kedai Rakyat 1 Malaysia dengan kedai – kedai runcit yang lain adalah, barangan keperluan asas seperti beras, minyak, susu tepung, lampin pakai buang dan banyak lagi dipek dengan jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia” - dengan bungkusan yang berwarna putih. Setakat ini, terdapat sebanyak 250 jenis barangan yang telah dijenamakan dengan jenama ini dan ianya akan bertambah dari masa ke semasa.

Antara kelainan yang saya kira sangat unik di Kedai Rakyat 1 Malaysia ini adalah menjual pelbagai barangan yang telah dibungkus semula dalam kuantiti yang lebih kecil dan sedikit bagi membolehkan pengguna yang berpendapatan rendah masih dapat membeli barangan tersebut berdasarkan pada kemampuan dan keperluan mereka. Antara barangan yang telah dipek semula adalah beras 1kg , serbuk kari 100gm dan lampin pakai buang dipek dalam kuantiti yang kecil. Bagi pasangan yang baru kahwin (nak jimat budget) dan yang mempunyai anak yang ramai atau sedikit boleh berasa lega dan rebutlah peluang ni. Untuk kita juga.

Selain itu, keutamaan penjenamaan produk di bawah jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia” ini diberikan kepada barangan keluaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Selain daripada membantu rakyat mendapatkan barangan pada harga rendah, ini juga secara tidak langsung dapat membantu para pengusaha PKS untuk memajukan serta meningkatkan hasil jualan produk keluaran mereka dan seterusnya membantu mereka untuk bersaing di pasaran runcit yang lebih moden.

Tapi apa yang saya harapkan di sini, setiap barangan masih dan wajib ada label tarikh tamat tempoh, kandungan bahan yang digunakan dan yang penting tanda halal yang sah dan soreh dari JAKIM dan yang seumpamanya. Harapnya tiada yang cuba nak menipu. Biasalah "BLUE OCEAN STARTEGY" - idea baru ni pasti akan ada yang cuba nak ikut.

Dan saya tertanya adakah ini satu lagi strategy untuk meraih undi di pilihanraya yang dijangka bulan Julai nanti?Huhuhu.. Serampang dua mata kan.. Banyak maksud tersirat sebenarnya.. Tapi saya sokong mana yang baik yang menjadi hak rakyat.. Orang bagi, kita ambil tapi kena tahu halal haramnya.. peace..

Lebih lanjut sila [link]

No comments: