Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah radhiAllahu 'anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa yang beribadah pada malam al-Qadr kerana iman dan mengharapkan keridhaan ALLAH, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu."
Beribadah dan Berdoa Pada Lailatul-Qadr
Diriwayatkan dari Aisyah radhiAllahu 'anha oleh Ahmad, Ibnu Majah dan juga Turmudzi yang menyatakan sahnya, katanya: "Saya bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda seandainya saya tahu malam jatuhnya Lailatul-Qadr itu, apakah yang harus saya ucapkan ketika itu?" Maka ujar Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam: "Katakanlah:
"Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah daku ini."
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُّبَارَكَةٍ ۚ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ 3 فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ 4
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). [3] (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). [4] (Surah Ad-Dukhan 44: Ayat 3-4)
Sumber: iluvislam.com
~ Semoga segala usaha & doa yang dilakukan demi mendapat keredhaan Allah termakbul hendaknya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar segala hajat hamba-Nya.
8 comments:
nice entri :D
sekadar berkongsi apa yg dibaca, dilihat & didengar..harapnya semua muslim dpt malam keberkatan itu..amin
ya Allah, ketemukan lah kami dengannya....
insyaAllah, amin..
MACIH SHARING..!!
lailatul qadar~ m0ga kte xterlepas..
amin =)
salam ziarah..;)Ramadhan sedang melabuhkan tirainya, sama-sama manfaatkan malam2 terakhir dengan sebaiknya..insyaAllah.:)
wslm.terima kasih pengemis cinta
insyaAllah =)
Post a Comment